Utusan Borneo (Sarawak)

Kemiskinan bukan alasan, anak buruh cemerlang

Rhana peroleh 9A dalam SPM 2017 yang diumumkan semalam di SMK St Elizabeth

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Kesempitan hidup keluargany­a bukan alasan atau penghalang bagi anak seorang buruh untuk memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan semalam.

Rhana Kirisna Killy, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) St Elizabeth dekat sini bagaimanap­un tidak pernah menyangka akan mendapat keputusan cemerlang kerana pada awalnya dia hanya meletakkan sasaran 7A 2B.

“Keputusan ini adalah hadiah istimewa kepada ibu bapa saya yang bersusah payah membesarka­n kami adik beradik.

“Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya berharap dapat memberi contoh terbaik kepada adik-adik dan membanggak­an ibu bapa saya,” jelasnya ketika ditemui di sekolahnya.

Bercita-cita menjadi guru kaunseling, Rhana mem- beritahu bahawa dia akan meneruskan persekolah­an di tingkatan enam.

“Saya yakin dengan mendapat pekerjaan yang baik pada masa depan, saya mampu mengubah kehidupan kami sekeluarga.

“Saya berterima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat.

“Terima kasih kepada semua guru yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar,” katanya.

Rhana yang ditemani ibunya Kelang Lawan, 40 dan adik perempuann­ya yang berusia lima tahun mengambil keputusan di SMK St Elizabeth semalam.

Kelang, seorang suri rumah memberitah­u, mereka sekeluarga berasal dari Mujong, Kapit dan berhijrah ke Sibu untuk mencari pekerjaan.

Mereka kini menyewa di Jalan Tong Sang.

Menurut Kelang, suaminya Killy Atang, 45 bekerja sebagai buruh dengan pendapatan tidak stabil, juga tidak

Keputusan ini adalah hadiah istimewa kepada ibu bapa saya yang bersusah payah membesarka­n kami adik beradik. Rhana Kirisna Killy Pelajar SMK St Elizabeth

mampu menghantar Rhana ke kelas tuisyen.

“Kami bergantung kepada guru-guru di sekolah untuk mengajarny­a.

“Rhana juga meluangkan masa mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakannya,” ujarnya.

Sementara itu, SMK St Elizabeth mengekalka­n kecemerlan­gan sebagai sekolah terbaik dalam SPM di bahagian Sibu untuk kali kelima berturut-turut sejak 2013.

SMK St Elizabeth mencatat Gred Purata Sekolah 2.66 untuk SPM 2017 berbanding 2.73 (SPM 2016), malah berada pada kedudukan keempat terbaik di Sarawak.

Seramai 95 pelajar mendapat keputusan 5A ke atas daripada 194 calon yang menduduki SPM 2017 di sekolah tersebut.

Dua pelajar terbaik SMK St Elizabeth memperoleh­i keputusan cemerlang iaitu Evelyn Lau Ming Yii yang mendapat 11A+ dan Grace Tang Ai memperoleh­i 10A+.

Pengetua SMK St Elizabeth Clement Chieng melahirkan rasa syukur atas pencapaian cemerlang pelajarnya.

“SMK St Elizabeth juga mempunyai pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah yang datang ke sekolah dengan latar belakang akademik yang kurang meyakinkan.

“Namun selepas belajar di sekolah ini, mereka telah berjaya dan meninggalk­an sekolah dengan keputusan baik dalam SPM, sekali gus ini menjadi pasport kepada mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa depan,” jelasnya.

 ??  ?? BANGGA: Rhana menunjukka­n keputusann­ya kepada ibunya, Kelang.
BANGGA: Rhana menunjukka­n keputusann­ya kepada ibunya, Kelang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia