Utusan Borneo (Sarawak)

Kelas tambahan percuma tingkat pencapaian SPM SMK Baru Miri

-

MIRI: Kelas tambahan percuma untuk para pelajar selepas sesi persekolah­an antara strategi yang diambil dalam usaha memperbaik­i pencapaian akademik di SMK Baru Miri.

Pengetuany­a Jerrah Pandin berkata, ia menjadi satu cabaran kepada beliau apabila berpindah tempat bertugas sekali gus mengendali­kan sekolah berkenaan awal tahun lalu.

“Sebaik sahaja saya dilantik menjadi pengetua di sini tahun lalu, banyak perkara yang perlu saya ubah lebih-lebih lagi dari segi pencapaian para pelajar, apatah lagi sekolah ini pernah mendapat keputusan tercorot dalam peperiksaa­n awam SPM.

“Antara langkah yang diambil ialah mengadakan pembentang­an bersama para guru serta berusaha mencari penyelesai­an, memantau dan juga merancang strategi di mana setiap masalah pelajar dikesan untuk mencari jalan penyelesai­annya,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan SPM 2017 di sekolah terbabit, di sini semalam.

Menurut Jerrah, beliau berterima kasih dan menghargai kerjasama serta pengorbana­n para guru yang sanggup menjayakan kelas tambahan selepas waktu sekolah.

“Para guru secara kon- sisten bukan sahaja mengajar dalam kelas, malah sanggup meneruskan­nya di luar waktu sekolah bagi memastikan kecemerlan­gan anak didik mereka.

“Melalui usaha yang kami laksanakan itu, kami amat berbangga dengan keputusan SPM 2017 yang begitu memberangs­angkan dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 5.38 iaitu 92.45 peratus lulus, berbanding 5.81 dengan 88.97 peratus lulus pada tahun sebelumnya,” katanya.

SMK Baru turut mencapai kecemerlan­gan 100 peratus dalam lima subjek iaitu Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Fizik, Biologi dan mata pelajaran vokasional (MPV) Landskap & Nurseri.

Tujuh pelajar turut memperoleh­i keputusan cemerlang di mana lima mendapat 9A, seorang 8A, tiga 6A dan dua 5A.

Keputusan 9A diperolehi Nur Farazila Jurimie yang tidak pernah berputus asa dan sering meminta tunjuk ajar dalam subjek Biologi daripada ibunya yang bekerja sebagai jururawat.

“Selain itu, belajar bersama rakan-rakan lain juga antara aktiviti rutin untuk mencapai kecemerlan­gan, di samping mendengar nasihat para guru agar tidak berputus asa,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor.

Bagi Keverne Aren Pius, keputusan 8A bukan sahaja mencapai sasarannya, malah usahanya yang sentiasa mengemas kini buku catatannya agar tidak melengahka­n masa antara resipi kejayaanny­a itu.

“Saya akan memastikan apa yang saya catat dalam buku harian dilakukan pada hari tersebut dan masa terluang juga digunakan sebaik mungkin dengan mengulang kaji pelajaran,” katanya yang ingin melanjutka­n pengajian dalam bidang perakaunan bagi mencapai cita-citanya sebagai akauntan.

Tiga lagi pelajar yang memperoleh­i 6A ialah Nurul Asyikin Abdullah Abu Bakar, Moses Agan Molarn dan Gordon James, manakala dua calon yang mendapat 5A ialah Angelina Puyang Selung dan Quzairie Asran Abdullah.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jerrah (kanan) bergambar bersama antara pelajar cemerlang SPM 2017 dan ibu bapa pelajar.
UNTUK ALBUM: Jerrah (kanan) bergambar bersama antara pelajar cemerlang SPM 2017 dan ibu bapa pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia