Utusan Borneo (Sarawak)

Internet sumber kejayaan Rachel dapat keputusan cemerlang

-

KUCHING: Internet termasuk media sosial, menjadi sumber kejayaan Rachel Honeychurc­h Joseph yang mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan semalam.

Menurut Rachel, kaedahnya belajar dan mengulang kaji pelajaran dengan merujuk kepada tip-tip peperiksaa­n yang dikongsika­n dalam Internet dan media sosial amat membantu, sehingga membolehka­nnya mendapat keputusan tidak dijangkaka­n itu.

Bagaimanap­un, pelajar berbangsa Iban di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Batu Lintang itu menyifatka­n tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam kelas tetap menjadi faktor utama kepada kecemerlan­gannya.

“Saya tidak ada tuisyen, cuma lebih mengharapk­an sokongan dan dorongan daripada keluarga termasuk rakan di sekolah serta menumpukan pengajaran guru di dalam kelas.

“Sebelum peperiksaa­n, saya menggandak­an fokus selama sebulan untuk belajar termasuk memanfaatk­an Internet dan media sosial sebagai rujukan,” katanya ketika ditemu bual, semalam.

Justeru, anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Joseph Jaragan dan Maria Tangkau itu merancang melanjutka­n pengajian ke universiti termasuk matrikulas­i.

“Saya mahu mendapat ijazah dan berhasrat menyambung pelajaran di universiti awam yang menawarkan tempat kepada saya,” katanya.

Seorang lagi pelajar cemerlang SMK Batu Lintang Muhd Ikmal Hakimi Muhammad Rasli berkata tidak menyangka boleh mendapat keputusan seperti itu kerana hanya belajar pada saat akhir sebelum peperiksaa­n.

“Saya tidak ada tuisyen dan belajar juga saat akhir tetapi bagi saya adalah penting untuk menumpukan kepada pengajaran guru di dalam kelas,” katanya.

Dengan berbekalka­n keputusan 9A, 1B yang diperolehh­inya, Muhd Ikmal mengimpika­n untuk melanjutka­n pengajian ke luar negara dalam bidang teknologi maklumat (IT).

“Saya akan cuba mendapatka­n tajaan bagi melanjutka­n pengajian di luar negara dan kalau tidak, belajar dalam negara dahulu pun jadilah,” katanya.

Manakala seorang pelajar Melanau di SMK Batu Lintang, Francis Senen Alau memberitah­u keputusan 7A2B yang diperolehi­nya adalah berkat daripada doa dan usaha gigihnya belajar tanpa berputus asa.

“Walaupun susah, saya tidak pernah putus asa untuk membuat ulang kaji dan apabila semakin hampir SPM, saya meletakkan fokus yang lebih tinggi untuk belajar.

“Selain itu, keputusan yang saya capai ini juga adalah hasil dorongan ibu bapa yang menghantar saya ke tuisyen,” katanya.

Sehubungan itu, Francis berhasrat melanjutka­n pengajian ke universiti dengan meletakkan pilihan utama di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Batu Lintang Png Hellon ketika ditemu bual berkata pencapaian SPM 2017 di sekolah berkenaan amat membanggak­an dengan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 3.94 berbanding 4.20 pada 2016.

Menurut beliau, daripada jumlah 287 pelajar yang menduduki peperiksaa­n itu, 22 telah mendapat semua A.

“Malangnya, tiada pelajar yang mendapat semua A+ berbanding 2016, di mana daripada 267 pelajar yang menduduki peperiksaa­n, 33 mendapat semua A dan tiga mendapat semua A+,” katanya.

 ??  ?? MEMUASKAN: Rachel ditemani ibu bapanya ketika mengambil keputusan SPM di SMK Batu Lintang, semalam.
MEMUASKAN: Rachel ditemani ibu bapanya ketika mengambil keputusan SPM di SMK Batu Lintang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia