Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan ibu bapa, guru pendorong kejayaan cemerlang Livian

-

KUCHING: Sokongan daripada kedua-dua ibu dan bapa serta guru merupakan pendorong utama kejayaan cemerlang Livian Poh Li Xuan dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Livian merupakan salah seorang daripada 24 pelajar cemerlang SPM 2017 dari Sarawak yang berjaya memperoleh keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Gembira dengan keputusan tersebut, Livian berkata ibu dan bapanya merupakan dua insan yang banyak memberi semangat untuknya mencapai keputusan cemerlang selain tunjuk ajar daripada para guru.

“Sebelum ini, saya tidak menjangka mendapat keputusan A+ dalam semua 10 mata pelajaran yang saya ambil kerana sasaran saya hanya mendapat semua A,” kata Livian yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuching No.1.

Turut berkongsi kejayaan bersama Livian semalam ialah rakan sekolahnya, Ting Su Chi yang turut memperoleh 10 A+ dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaanny­a, Ting berkata tiada rahsia tertentu di seba- liknya keputusan cemerlangn­ya dalam SPM 2017.

Katanya, hanya dengan ulang kaji pelajaran dan lakukan banyak latihan mengenai topik yang lemah antara kunci kejayaanny­a dalam SPM.

“Sejujurnya saya sendiri terkejut dengan keputusan ini lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia yang merupakan kelemahan utama saya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang dengan mencapai gred A dalam semua mata pelajaran semalam iaitu Amirrudin Ahmat dari Sekolah Menengah Sains Kuching, Utara, Padawan turut bersyukur dengan keputusan tersebut.

Menurut Amirruddin, kejayaan itu adalah berkat usaha gigihnya mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaa­n.

“Saya mendapat keputusan yang kurang bagus dalam peperiksaa­n percubaan SPM sebelum ini dan saya berazam mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaa­n sebenar.

“Syukur atas bantuan ibu bapa, guru dan rakan-rakan, akhirnya saya berjaya juga memperoleh keputusan cemerlang iaitu A dalam semua sembilan mata pelajaran yang saya ambil,” kata Amirruddin.

Selepas pengumuman keputusan SPM semalam, Amirrudin berhasrat menyambung pengajian dalam bidang kejurutera­an bersama syarikat petroleum negara Petronas.

 ??  ?? GEMBIRA: Livian (tiga kanan) bersama ibu dan bapanya Diana Lim (kanan) dan Poh Tau Po (dua kanan) serta Ting (dua kiri) bersama bapanya Ting Sie Gain (kiri) meraikan kejayaan bersama Pengetua Wong Lai Kee (tiga kiri).
GEMBIRA: Livian (tiga kanan) bersama ibu dan bapanya Diana Lim (kanan) dan Poh Tau Po (dua kanan) serta Ting (dua kiri) bersama bapanya Ting Sie Gain (kiri) meraikan kejayaan bersama Pengetua Wong Lai Kee (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia