Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sahabat karib meraih keputusan cemerlang 10A+

-

KUCHING: Dua sahabat karib, Marcus Ho Hao Xiang dan Yong Chie Liang gembira sekali selepas memperoleh 10A+ dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) 2017.

Bagaimanap­un, mereka tidak menyangka akan mendapat keputusan tersebut kerana matlamat mereka hanya untuk mendapatka­n keputusan sebaik mungkin.

Malah, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Swasta St Joseph itu telah membuat perancanga­n untuk mengambil subjek Perakaunan sebagai subjek tambahan kerana bimbang mereka tidak dapat memperoleh­i A+ dalam mata pelajaran yang mereka lebih lemah.

“Saya mendengar daripada rakan- rakan bahawa Perakaunan adalah subjek yang mudah lalu saya mencubanya.

“Memandangk­an sekolah saya masih baharu, Perakaunan tidak diajar di sini. Maka itu, sejak tingkatan empat, Chie Liang dan saya mengambil tuisyen untuk belajar Perakaunan,” kata Ho ketika ditemui selepas mengambil keputusan di sekolahnya, semalam.

Bagi Chie Liang, keputusan untuk mengambil Perakaunan adalah kerana dia tidak yakin dapat memperoleh­i A+ dalam Bahasa Malaysia dan Pendidikan Moral.

“Saya memutuskan untuk mengambil Perakaunan kerana rakan saya memberitah­u bahawa subjek ini tidak susah seperti apa yang orang sebut.

“Selain itu, saya juga mengambil tuisyen dalam Biologi, Bahasa Malaysia, Matematik Tambahan dan Kimia,” katanya.

Ditanya mengenai rancan- gan mereka selepas ini, kedua-dua mereka berkata akan belajar untuk A Level terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai bidang yang mereka akan pelajari pada masa depan.

Seorang lagi pelajar yang mendapat semua 10A+ adalah Gordon Yong, yang mengambil Pendidikan Seni Visual sebagai subjek tambahanny­a.

“Saya amat menyukai sains tetapi pada masa sama, saya rasa saya ada bakat, keinginan dan minat dalam kesenian,” katanya.

Dia menceritak­an bagaimana dia meminati lukisan sejak kecil dan berkata ibunya Loretta Kho telah menjadi inspirasin­ya.

Gordon juga berharap dapat melanjutka­n pelajaran dalam bidang pergigian atau seni bina selepas menamatkan pengajian A Level.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia