Utusan Borneo (Sarawak)

Angel Lai pelajar terbaik Sarawak SPM 2017

Pelajar tunggal mencatat pencapaian 12A+ mengikut mata pelajaran yang diambil

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Angel Lai An Ge membanggak­an warga Sibu khasnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist apabila diumukan sebagai pelajar terbaik negeri ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan semalam.

Dia menjadi pelajar tunggal mencatat pencapaian 12A+ mengikut mata pelajaran yang diambil.

Lebih manis, kejayaan An- gel turut diiringi empat lagi pelajar SMK Methodist yang memperoleh­i 11A+.

Mereka terdiri daripada Chong Min Hui, Cheong Kang Min, Cindy Ho Mei Jin dan Delphina Tiong Ming Min.

Angel semasa ditemui mengakui amat terkejut dan gembira selepas menerima slip keputusan SPM tersebut.

“Saya telah melakukan yang terbaik dan saya amat berpuas hati dengan pencapaian ini,” ujarnya semasa ditemui semalam.

Menurut Angel, dia turut memperoleh­i A dalam semua mata pelajaran pada sesi percubaan yang diadakan beberapa minggu sebelum peperiksaa­n sebenar.

Namun, dia tetap tidak memandang ringan khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah.

Selain itu, Angel turut mengakui agak bimbang dengan mata pelajaran Bahasa Cina, memandangk­an ia salah satu subjek yang paling sukar untuk dipelajari.

“Ibu saya merupakan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, jadi beliau meminta saya mengambil kertas tersebut dalam SPM,” ujarnya.

Bercakap lanjut, Angel berkata dia ketika ini masih belum membuat pilihan mengenai institusi pengajian tinggi yang akan dipilihnya untuk melanjutka­n pelajaran.

Katanya, dia bagaimanap­un tidak menolak untuk mengikuti pengajian perakaunan atau pernia-

Saya telah melakukan yang terbaik dan saya amat berpuas hati dengan pencapaian ini. Angel Lai An Ge Pelajar terbaik Sarawak

gaan sekiranya mendapat tawaran.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Vincent Lau (tengah) sambil diiringi Ling (depan, lima kanan) serta yang lain semasa meraikan pelajar cemerlang dalam SPM di SMK Sacred Heart di Sibu, semalam.
RAIKAN BERSAMA: Vincent Lau (tengah) sambil diiringi Ling (depan, lima kanan) serta yang lain semasa meraikan pelajar cemerlang dalam SPM di SMK Sacred Heart di Sibu, semalam.
 ??  ?? ANGEL
ANGEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia