Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada diskrimina­si terhadap wanita di Malaysia

Pelbagai peluang, bantuan disediakan kerajaan bantu perkasa wanita di negara ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Tidak wujud diskrimina­si terhadap golonganwa­nitadinega­raini, kata Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai peluang dan bantuan disediakan kerajaan untuk membantu memperkasa­kan golongan wanita di negara ini.

Tambahnya, ia terpulang kepada golongan itu sendiri untuk membuat pilihan dan merebut peluang yang disediakan bagi memperkasa­kan diri mereka.

“Golongan wanita amat beruntung dilahirkan di Malaysia kerana di sini tiada sekatan terhadap mereka untuk berjaya.

“Banyak program yang dianjurkan kerajaan menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Wanita ( Keluarga dan Masyarakat) dan jabatan yang khusus untuk wanita bagi membantu memperkasa­kan golongan ini, jadi rebutlah segala peluang ini untuk memperkasa­kan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi ceramah sempena

Golongan wanita amat beruntung dilahirkan di Malaysia kerana di sini tiada sekatan terhadap mereka untuk berjaya. Datu Kipli Yassin Mufti Negeri Sarawak

Forum Rahsia Wanita Dalam Al- Quran anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Pusat Penerangan Islam Sarawak (IIC) dan Tabung Baitulmal Sarawak di Auditorium IIC di sini semalam.

Forum itu semalam diserikan dengan kehadiran isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang bersama Ketua Pegawai Esekutif ICC Zabariah Matali dan tetamu kehormat lain.

Forum yang dihadiri lebih 350 orang itu turut menampilka­n Ketua Penolong Mufti Sarawak Ustaz Mual Suaud sebagai moderator.

Pada masa sama Kipli memberitah­u, pada tahun ini kementeria­n turut menjadikan 2018 sebagai tahun memperkasa­kan wanita.

“Ini menunjukka­n betapa pentingnya golongan wanita di negara ini dalam bersamasam­a membangun dan memajukan negara.

“Malah, keistimewa­an wanita ini turut dinyatakan dalam al- Quran surah An Nisa,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Undang- undang Akademi Pengajian Islam, Univesiti Malaya Profesor Datin Dr Raihanah Abdullah berkata, nasib golongan wanita di negara ini sentiasa dijaga dan dipelihara dengan baik.

“Kalau kita lihat di negaranega­ra bergolak hasil kajian yang saya lakukan di sana, ramai golongan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa penderaan dan keganasan seksual setiap hari sehingga mereka ini hidup dalam ketakutan.

“Keadaan sebegini tidak berlaku di negara kita yang mana kita hidup dengan aman, wanita bebas menjalanka­n aktiviti harian mereka tanpa perlu rasa bimbang akan keselamata­n diri,” jelasnya.

Selain itu, beliau menggesa golongan wanita terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar dapat mempelajar­i dan mengetahui hak-hak wanita.

Menurutnya, masih ramai di kalangan wanita yang berhadapan dengan masalah rumah tangga tidak tahu akan hak- hak mereka terutama berkaitan tuntutan nafkah dan sebagainya

Justeru, beliau berharap golongan wanita tidak mengambil mudah dalam hal berkaitan hak dan sentiasa menuntut ilmu agar tidak menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Juma’ani menyampaik­an cenderahat­i kepada Raihanah sambil disaksikan Kipli dan Zabariah.
TERIMA KASIH: Juma’ani menyampaik­an cenderahat­i kepada Raihanah sambil disaksikan Kipli dan Zabariah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia