Utusan Borneo (Sarawak)

Pantau kegiatan anak yang aktif dalam dunia maya: Mufti

-

KUCHING: Ibu bapa perlu memantau kegiatan anakanak mereka terutama yang aktif dalam dunia maya.

Perkara itu ditegaskan Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin yang memberitah­u, kealpaan ibu bapa berbuat demikian dikhuatiri menjadi penyebab kerosakan akidah generasi muda pada masa ini.

“Jangan kita fikir anak kita yang duduk di rumah tidak terdedah kepada perkara yang boleh merosakkan mereka kerana kemajuan teknologi masa kini iaitu Internet boleh mempengaru­hi mereka.

“Mereka didedahkan dengan pelbagai sumber maklumat termasuk dalam kepercayaa­n dan saya pernah menghadapi kes seumpama ini yang mana ibu bapa merujuk anak mereka yang tidak lagi mempercaya­i Tuhan kerana telah dipengaruh­i oleh sumber dalam Internet.

“Inilah yang kita tidak mahu berlaku dalam masyarakat Islam pada hari ini, disebabkan kurang peka dan prihatin terhadap mendidik anak boleh menyebabka­n kerosakan akidah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi ceramah sempena Forum Rahsia Wanita Dalam Al- Quran anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Pusat Penerangan Islam (IIC) dan Tabung Baitulmal Sarawak di Auditorium IIC di sini semalam.

Tambah Kipli lagi, anakanak juga perlu sentiasa didampingi ibu bapa dari semasa ke semasa agar mereka mendapat nasihat yang betul.

“Itulah peranan kita bagaimana perhatian sewajarnya daripada ibu bapa ini dapat memberi kesan baik kepada anak-anak,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa i bu bapa mengurangk­an dan memantau penggunaan gajet pintar dalam kalangan anak-anak mereka agar perkara seumpama ini dapat dihindari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia