Utusan Borneo (Sarawak)

3-5 bulan lulus permohonan daftar pengundi Proses panjang disebabkan SOP diguna pakai SPR termasuk tempoh pameran dan bantahan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) mengambil masa tiga hingga lima bulan untuk meluluskan permohonan pendaftara­n sebagai pengundi.

Penolong Pengarah Akademi Pilihan Raya (SPR) Aina Osman berkata proses yang panjang adalah disebabkan prosedur operasi standard ( SOP) diguna pakai SPR termasuk tempoh pameran dan bantahan.

“Ia biasanya mengambil

Ia biasanya mengambil masa tiga hingga lima bulan untuk memproses dan meluluskan permohonan pendaftara­n pemilih kerana masa pameran dan bantahan diambil kira.

masa tiga hingga lima bulan untuk memproses dan meluluskan permohonan pendaftara­n pemilih kerana masa pameran dan bantahan diambil kira,” katanya semasa taklimat kepada media di Auditorium P.Ramlee RTM di sini semalam.

Aina berkata proses yang sama digunakan bagi tujuan menukar alamat pengundi dalam daftar pengundi.

Beliau memberitah­u, pengundi kini boleh menukar alamat mereka di pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) atau Pusat Transforma­si Bandar ( UTC) dengan mengemas kini maklumat yang disimpan dalam cip MyKad mereka.

Menurutnya sesetengah pihak begitu prihatin mengenai kemas kini senarai pemilih yang melibatkan bantahan.

Apabila bantahan difailkan, beliau berkata SPR perlu menjalanka­n siasatan yang melibatkan temu bual ringkas dengan pemohon dan pihak membantah.

Memetik sebagai contoh, beliau berkata pengundi yang memohon membaharui alamat asal dari Kuching ke Miri perlu membuktika­n bahawa dia tinggal di Miri.

Mengenai pendaftara­n pengundi, Aina berkata pengundi yang layak, rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas, boleh mendaftar di ibu pejabat SPR, mana- mana pejabat SPR di seluruh negara, pejabat pos berkompute­r, ejen dilantik dan semasa program ‘outreach’ SPR.

Dalam perkembang­an berkaitan, Aina berkata ketika ini terdapat 222 kerusi Parlimen, 587 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 46 parti politik berdaftar di Malaysia.

Selain 46 parti politik, SPR juga katanya menerima calon bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Calon-calon bebas ini hanya boleh memilih simbol daripada 30 simbol yang ditetapkan SPR,” tambahnya.

Aina Osman Penolong Pengarah Akademi Pilihan Raya SPR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia