Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Telang Usan catat pencapaian lebih baik

-

MARUDI: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan Abdul Rahman @ Nicholas Kanyan melahirkan rasa gembira dan bangga atas kejayaan yang dicapai para pelajarnya yang menduduki peperiksaa­n SPM tahun lalu.

Lapan pelajar mendapat 3A ke atas dan tahun ini sekolah mencatat GPS 5.44, mengatasi pencapaian 2016 dengan GPS 5.54.

“Ini juga menunjukka­n pencapaian dalam lapan mata pelajaran yang mendapat kelulusan 100 peratus dan saya mengucapka­n tahniah kepada mereka yang berjaya.

“Selain itu, saya juga ingin mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan kepada guru-guru, terima kasih kerana melaksanak­an tanggungja­wab dan kerjasama bagi pencapaian ini.

“Saya berharap pencapaian ini akan mendorong pelajar SPM tahun ini untuk mencapai kejayaan serupa,” tambahnya.

Beliau memberitah­u demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Slip Keputusan kepada calon-calon SPM 2017 di dewan serba guna sekolah tersebut di sini, semalam.

K e p u t u s a n k e l u l u s a n keseluruha­nnya ialah 76.14 peratus dengan 88 calon menduduki peperiksaa­n tahun lepas.

Antara pelajar cemerlang ialah Stephanie Janin yang meraih 5A, 3B, 2C), Nordahlia Abdullah (5A, 5C), Maxcynable Pengarah (5A,4B, 2C), Tonny Ngo Leong Hong (4A, 1B, 4C), Dylan Yeou Horng (3A, 5B, 2C), Andrian Lawai Alan (3A, 3B, 3C), Victoria Muntai Jalai (3A, 5B, 1C) dan Nur Deelaila Mohammad Fadillah (3A, 3B, 1C).

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pengurusan dan kakitangan OCIM Sdn Bhd merakam kenangan bersama Abang Johari, Masing, Uggah, Morshidi, Majang, Ismawi dan Rodziah.
UNTUK ALBUM: Pengurusan dan kakitangan OCIM Sdn Bhd merakam kenangan bersama Abang Johari, Masing, Uggah, Morshidi, Majang, Ismawi dan Rodziah.
 ??  ?? CEMERLANG: (Dari kiri) Victoria, Stephanie, Nordahlia, Nur Deelaila dan Andrian Lawai bersama Nicholas (duduk, dua kiri) dan Pengerusi PIBG SMK Telang Usan Chong (dua kanan) serta guru-guru.
CEMERLANG: (Dari kiri) Victoria, Stephanie, Nordahlia, Nur Deelaila dan Andrian Lawai bersama Nicholas (duduk, dua kiri) dan Pengerusi PIBG SMK Telang Usan Chong (dua kanan) serta guru-guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia