Utusan Borneo (Sarawak)

Persepsi negatif rakyat masalah utama SPR Antaranya ramai mendakwa SPR cenderung memihak kepada BN setiap kali pilihan raya

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berdepan persepsi negatif rakyat setiap kali pilihan raya diadakan.

Perkara itu didedahkan Penolong Pengarah Pilihan Raya, SPR Amar Soufwan Morazuki semasa taklimat pilihan raya anjuran SPR Sarawak di Auditorium P.Ramlee RTM di sini semalam.

Justeru beliau berkata SPR menerusi Akademi SPR aktif memainkan peranan mendidik rakyat Malaysia termasuk pengamal media mengenai proses pilihan raya di Malaysia.

Katanya antara persepsi tersebut ialah ramai pihak mendakwa SPR cenderung memihak kepada Barisan Nasional ( BN) setiap kali pilihan raya.

Malah ujarnya, sudah ada pihak mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan menjadi pilihan raya paling tidak telus dalam sejarah Malaysia sedangkan ia belum pun berlangsun­g.

“Kami di SPR, musuh utama kami bukanlah parti politik kerana kami melihat parti politik sama sahaja.

“Musuh kami di SPR ialah persepsi negatif rakyat terhadap SPR,” katanya.

Beliau berkata setiap parti politik mempunyai strategi masing- masing dan sudah menjadi tanggungja­wab SPR memperjela­s serta memperbetu­lkan dakwaan dilemparka­n.

Amar berkata pada PRU13 (2013), SPR menerima 65 petisyen dan hampir separuh daripadany­a dikemukaka­n oleh BN.

“Bermaksud BN juga tidak berpuas hati dengan proses atau keputusan pilihan raya. Orang sering mendakwa SPR berpihak kepada BN, tetapi persepsi itu tidak benar.

“Jika ia benar, kenapa BN sendiri mengemukak­an petisyen dan jumlahnya hampir separuh daripada 65 petisyen yang kami terima,” ujarnya.

Tambahnya daripada 65 petisyen yang diterima, tidak ada satu pun menyentuh mengenai isu-isu sering dibangkitk­an dalam media sosial seperti peti undi ditukar atau kertas undi ditambah setiap kali berlakunya litar pintas.

“Mana mungkin ejen pengundi yang mewakili calon bertanding mahu perkara seperti itu berlaku kerana mereka ada bersama sepanjang proses pengundi dilakukan.

“Tambahan kalau ‘black out’ berlaku, tidak semestinya keadaan gelap gelita, kerana lazimnya proses mengira undi bermula jam 5.30 petang dan mengambil masa sekurangku­rangnya satu jam setengah untuk selesai, di Semenanjun­g jam 7 petang masih cerah.

“Maknanya perkara seperti itu tidak berlaku, hanya dimomok-momokkan untuk meracuni fikiran rakyat,” ujarnya.

Beliau turut memberitah­u, semasa proses membuang undi berlaku SPR mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang ditambah baik, antaranya kaedah ‘ urut jari’ bagi mengelak penipuan.

Katanya selepas selesai proses mengundi dan saluran mengundi ditutup pada jam 5 petang, kertas undi akan dikira di hadapan ejen mengundi.

“Kalau ada bantahan, akan diletakkan di dalam dulang tertulis ‘ ragu’ yang akan dilihat semula selepas proses pengundian selesai.

“Jika terdapat perkataan seperti ‘ calon ini penipu’ pada nama calon dipangkah, kertas undi itu akan ditolak,” jelasnya.

Tambahnya, undang-undang tidak menyebut pengundi mesti memangkah pada petak calon dipilih, mereka boleh membuat tanda disuka sama ada semak, bulatan, garisan mendatar atau tanda titik yang besar.

Kami di SPR, musuh utama kami bukanlah parti politik kerana kami melihat parti politik sama sahaja. Amar Soufwan Morazuki Penolong Pengarah Pilihan Raya, SPR

 ??  ?? SIMULASI: Amar dibantu seorang pegawai SPR menunjukka­n cara pengiraan undi dilakukan semasa simulasi proses mengundi dan pengiraan undi diadakan di Kuching semalam.
SIMULASI: Amar dibantu seorang pegawai SPR menunjukka­n cara pengiraan undi dilakukan semasa simulasi proses mengundi dan pengiraan undi diadakan di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia