Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal media sertai taklimat proses, perjalanan pilihan raya

-

KUCHING: Lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi media di sini menyertai taklimat mengenai proses serta perjalanan pilihan raya di Auditorium P. Ramlee RTM semalam.

Taklimat anjuran Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Sarawak itu diadakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Tempoh penggal ke-13 Parlimen dijadual tamat pada 24 Jun 2018 dan jika Parlimen terbubar sendirinya, SPR perlu mengadalan pilihan raya dalam masa dua bulan selepas itu.

Pada awal sesi taklimat Penolong Pengarah Akademi Pilihan Raya Malaysia (SPR Putrajaya) Aina Osman berkongsi pelbagai maklumat berkaitan peranan, fungsi serta kaedah diguna pakai SPR melaksanak­an pilihan raya di negara ini.

Pengamal media yang ha- dir turut diberi penerangan mengenai peraturan, tanggungja­wab serta keperluan semasa pilihan raya.

Ia disusuli simulasi proses mengundi dan pengiraan undi di pusat saluran mengundi dilakukan yang dikendalik­an Penolong Pengarah Akademi Pilihan Raya Malaysia (SPR Putrajaya) Amar Soufwan Morazuki.

Semasa sesi simulasi pengamal media diberi peluang merasai sendiri pengalaman sebagai ketua tempat mengundi dan kerani pengundian pertama, kedua dan ketiga.

Amar yang ditemui selepas itu berkata taklimat berkenaan merupakan sebahagian daripada siri jelajah taklimat PRU14 kepada pengamal media oleh SPR di seluruh negara bermula di Terengganu pada Februari lalu diikuti Pahang, Selangor, Kelantan, Sarawak sebelum diadakan di Sabah minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia