Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi digital diyakini rangsang pasaran hartanah

Kelajuan Internet tingkat bakat, cipta peluang pekerjaan

- Oleh Patricia Gari

Apabila Sarawak dapat memainkan peranan penting dalam pasaran dunia menerusi ekonomi digital, pendapatan kita akan bertambah seterusnya menjadi negeri berpendapa­tan tinggi.

KUCHING: Inisiatif ekonomi digital yang diperkenal­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg diyakini memberi kesan positif kepada pasaran hartanah di Sarawak.

Penasihat Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA)Cawangan Kuching Sim Kiang Chiok berkata ekonomi digital dengan kelajuan dan kapasiti Internet ditambah baik akan membantu mengembang­kan lagi bakat serta mencipta peluang pekerjaan di negeri ini.

Tambahnya, sektor pengeluara­n dan perkhidmat­an yang sentiasa ada untuk pasaran dunia akan memastikan pendapatan rakyat secara keseluruha­nnya dapat ditingkatk­an.

“Apabila Sarawak dapat memainkan peranan penting dalam pasaran dunia menerusi ekonomi digital, pendapatan kita akan bertambah seterusnya menjadi negeri berpendapa­tan tinggi.

Sim Kiang Chiok Penasihat SHEDA Cawangan Kuching

“Pendapatan yang tinggi akan mewujudkan lebih banyak permintaan untuk rumah dan hartanah...satu berita baik untuk industri hartanah,” jelasnya kepada Utusan Borneo.

Dalam perkembang­an sama Sim berkata permintaan terhadap rumah terutama rumah mampu milik di Sarawak sentiasa tinggi menyebabka­n sektor itu tumbuh dengan baik.

Bagaimanap­un katanya, permintaan terhadap rumah di Sarawak sedikit perlahan sejak 2016 terutama bagi yang bernilai RM450,000 ke atas.

Ini katanya, disebabkan kes- ukaran pembeli mendapatka­n pinjaman perumahan daripada bank yang mengenakan syarat serta terma lebih ketat.

“Namun penjualan rumah berharga bawah RM350,000 mendapat permintaan sangat tinggi kerana ia mampu dimiliki.

“Semasa jerayawara Jenama SHEDA Kuching November tahun lalu, menunjukka­n penjualan rumah teres satu tingkat dari RM210,000 dan pangsapuri bawah RM350,000 mendapat sambutan baik... petanda bahawa pemaju perlu membina rumah sesuai dengan permintaan pembeli di Sarawak,” jelasnya.

Beliau turut mengakui di Sarawak rumah berharga RM450,000 ke atas penawarann­ya melebihi permintaan berbanding rumah mampu milik.

Bagi memenuhi permintaan rakyat, katanya kerajaan turut membina rumah mampu milik menerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia, Kementeria­n Perumahan Persekutua­n, pihak berkuasa perumahan negeri dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

“Diyakini bekalan rumah mampu milik di Sarawak akan bertambah baik dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

 ??  ?? SIM
SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia