Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntutan kembalikan hasil petroleum kepada Sarawak disifatkan wajar

-

KUCHING: Tuntutan PAS Negeri Sarawak kepada kerajaan persekutua­n agar mengembali­kan hasil petroleum kepada negeri ini sebanyak 20 peratus disifatkan wajar sebagai hak dan keperluan Bumi Kenyalang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu Ariffin Deraman berkata pihaknya melakukan tindakan sama ke atas negeri pengeluar minyak lain seperti Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanap­un katanya, pembayaran royalti kepada dua negeri tersebut telah dinafikan walaupun terma perjanjian berkaitan memperuntu­kkan lima peratus hasil kepada negeri.

Ariffin menegaskan perkara itu semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Petra Jaya Ke18, di sini, Selasa lalu.

Tambahnya dengan pemulangan royalti yang menjadi hak kepada Sarawak, Kelantan dan Terengganu akan membolehka­n pelbagai usaha pembanguna­n negeri dan kesejahter­aan rakyat dilaksanak­an.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazu­l Paijo berkata, tuntutan tersebut amat penting kepada negeri ini sesuai dengan keadaan buminya yang luas serta mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

Menurutnya ajaran Islam juga memperuntu­kkan perolehan pendapatan dan hasil bumi dari sesuatu negeri itu harus diutamakan kepada rakyat tempatanny­a dahulu sebelum diagihkan lebihan ke tempat lain.

“Dengan royalti 20 peratus, Sarawak boleh dapat leb- ih RM8 bilion,” ujarnya.

Perolehan sebanyak itu menurutnya, jika dikendalik­an secara penuh integriti, bertanggun­gjawab dan bijaksana akan dapat membantu mensejahte­rakan rakyat sekali gus demi kemakmuran negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia