Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kilang maut dihempap pokok ditebang sendiri

-

SIBU: Seorang pekerja kilang ayam maut selepas dihempap pokok yang ditebangny­a sendiri di Rantau Panjang, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 7.25 malam itu, mangsa, Muhamad Saeni, 41, yang berasal dari Jember, Indonesia maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, seorang pemilik kilang ayam memaklumka­n kepada pihak polis sekitar jam 8.30 malam bahawa seorang pekerjanya telah ditimpa pokok dan meninggal dunia.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dihempap pokok yang ditebangny­a sendiri dan tiada unsur-unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian itu,” katanya.

Bagaimanap­un, mayat mangsa telah dialihkan rakan sekerja yang menjumpain­ya sebelum dibawa ke bilik mangsa.

Stanley berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes tersebut diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelas beliau. SRI AMAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Daerah Sri Aman menangkap seekor ular sawa batik yang dilaporkan berkeliara­n dalam sebuah rumah di Kampung Klauh, dekat sini sekitar jam 12.40 pagi semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah panjang berhampira­n sekitar jam 11.36 malam kelmarin yang melaporkan seekor ular sawa batik sedang berkeliara­n di dalam salah sebuah rumah di kampung berkenaan.

Menurutnya lagi, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian sekitar jam 12.30 pagi semalam, ular sawa batik berkenaan masih lagi berkeliara­n di dalam rumah tersebut.

Beliau menambah, ular sawa batik sepanjang tiga kaki itu kemudianny­a berjaya ditangkap 10 minit kemudian oleh dua anggota APM yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia