Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 38 pasukan rebut kejuaraan futsal LISUS Bahagian Sibu

-

SIBU: Pertanding­an Futsal Terbuka Lelaki dan Wanita sempena Liga Sukan Untuk Semula (LISUS) Bahagian Sibu 2018 menyaksika­n 32 pasukan lelaki dan enam pasukan wanita akan mengambil bahagian.

Futsal LISUS ini yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Rejang (KSRTR), akan berlangsun­g di Stadium Tertutup Bukit Lima Sibu pada 17 dan 18 Mac ini, bermula jam 8 pagi.

Pengerusi penganjur bersama pertanding­an, Halel Mohd Ibrahim ketika dihubungi semalam berkata, juara akan mewakili Sibu ke pertanding­an antara bahagian di Miri pada April depan.

Juara futsal Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita akan menerima wang tunai RM1,000, naib johan (RM700), dan tempat ketiga bersama (RM300).

Sementara bagi pertanding­an bola sepak sembilan sebelah, 20 pasukan telah mendaftar untuk menyertai kejohanan.

Pertanding­an bola sepak ini dijadual berlangsun­g di Stadium Tun Ahmad Zaidi pada 24 dan 25 Mac ini, bermula jam 8 pagi.

“Pasukan yang muncul juara akan menerima wang tunai RM1,000, kedua menerima RM700 dan ketiga bersama menerima RM300,” jelas Halel.

Selain futsal dan bola sepak, tiga lagi sukan yang turut dipertandi­ngan dalam LISUS Bahagian Sibu ialah sepak takraw antara regu, bola keranjang 3 lawan 3 dan bola jaring.

Ketiga- tiga sukan ini akan berlangsun­g di Gelanggang Sepak Takraw Bandong, Stadium Bola Keranjang Hin Hua dan SK Agama Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia