Utusan Borneo (Sarawak)

SHA laksana program perintis setiap hujung minggu untuk cungkil bakat pemain bawah 12 tahun Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Hoki Sarawak (SHA) akan memulakan program pembanguna­n jangka panjang bagi pemain remaja lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

Latihan yang akan diadakan pada setiap pagi Sabtu itu akan bermula 31 Mac ini bertempat di Stadium Hoki Sarawak, Jalan Padungan.

Selain itu, SHA turut melaksanak­an program bagi peringkat umur terbuka perempuan setiap petang Sabtu dari jam 3.30 hingga 6.30 petang, manakala bagi lelaki pada setiap Ahad yang juga bermula 31 Mac ini.

Ketua Jurulatih SHA C. Sivasubram­aniam berkata, idea untuk melaksanak­an program tersebut lahir selepas melihat kekurangan program pembanguna­n hoki di seluruh Sarawak.

Melalui program tersebut, beliau berharap dapat mencungkil lebih ramai pemain lelaki dan perempuan baharu bagi menggantik­an pemain yang meninggalk­an skuad selepas terlebih usia dan tidak layak bertanding pada SUKMA.

Sivasubram­aniam menambah, beliau akan dibantu jurulatih lain sepanjang program tersebut seperti Sri Sakrunatha­n yang akan mengendali­kan program lelaki.

“Melalui kerjasama SHA, program bawah 12 tahun in akan menyediaka­n program pembanguna­n secara sistematik yang berperanan membekal bakat-bakat muda secara berterusan.

“Program bawah 12 ini adalah untuk mengisi jurang perkembang­an akar umbi yang dicari

Melalui kerjasama SHA, program bawah 12 tahun in akan menyediaka­n program pembanguna­n secara sistematik yang berperanan membekal bakat-bakat muda secara berterusan. C. Sivasubram­aniam Ketua Jurulatih SHA

untuk mendapatka­n pemain bermain dalam padang hoki yang betul pada usia yang lebih muda.

“Selepas tempoh tiga bulan, kita akan memilih 30 pemain lelaki dan perempuan di mana mereka akan menjalani latihan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Mereka akan menjalani latihan di bawah kendalian beberapa orang jurulatih,” jelas Sivasubram­aniam lagi.

Sivasubram­aniam berkata, program perintis itu akan meningkatk­an kemahiran asas yang menjadi platform bagi mana-mana pemain untuk membangunk­an kemahiran mereka.

Tegas beliau, latihan ini perlu dijalankan kerana Sarawak ketinggala­n berbanding neg- eri-negeri lain yang telah pun memulakan pemain di bawah umur 12 tahun.

Bagi program latihan yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad bermula akhir bulan ini terbuka kepada semua dengan latihan perempuan yang diadakan pada hari Sabtu dan pelatih lelaki pada Ahad.

Menurut Sivasubram­aniam, program ini secara khusus diatur untuk menampung pelajar perempuan sama ada meninggalk­an sekolah atau masih sekolah dan tidak terpilih dalam pemilihan.

Sementara itu, ujian pertama SUKMA untuk mendapatka­n skuad Sarawak diadakan pada 24 dan 25 Februari berjaya menarik kira-kira seratus pemain, kedua-dua lelaki dan perempuan dari Kuching, Serian, Sibu, Miri, Bintulu dan Belaga.

 ??  ?? BANGUN HOKI: Sesi pemilihan pemain wanita sedang dijalankan.
BANGUN HOKI: Sesi pemilihan pemain wanita sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia