Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak ‘kempunan’ bangkit, tewas kepada FELDA United

-

KUCHING: Hasrat Sarawak untuk bangkit dalam kempen Piala Presiden 2018 tidak kesampaian selepas tewas 0-3 kepada FELDA United pada perlawanan Kumpulan B berlangsun­g di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Ia kekalahan kedua berturut-turut Sarawak di laman sendiri selepas kalah 0- 1 pada perlawanan menentang UiTM di venue sama Isnin lepas.

Penyerang FELDA United, Muhammad Syafiq Salmi mengejutka­n tuan rumah dengan jaringan pembukaan dalam tempoh 40 saat.

Minit ke- 19, kealpaan benteng pertahanan Sarawak sekali lagi dihukum pelawat menerusi jaringan Muhd Farhan Samsudin.

Pemain pertahanan Sarawak, Rivaldo Adrill Wilson Rentap menambah derita anak didik Abdul Wahet Uji selepas menjaringk­an gol sendiri pada minit ke-30.

“Pemain kita hilang fokus dan banyak melakukan kesilapan mudah hingga memberi peluang kepada pasukan lawan menjaringk­an gol.

“Kita juga gagal mengawal permainan dengan baik dan sering kehilangan bola kepada pemain lawan,” komen Penolong Pengurus Sarawak, Abang Fomay Abang Sa’adeli ketika ditemui semalam.

Menurutnya, tempoh rehat panjang liga akan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaik­i setiap kelemahan yang masih ada.

Kempen Piala Presiden akan berehat panjang dan bersambung pada 29 Mac.

Manakala Sarawak dijadual menentang Perak di Stadium Mini UPSI, Tanjung Malim pada 2 April depan.

 ??  ?? SENGIT: Pemain tengah Sarawak, Nazarudin Bohri (kiri) dicabar pertahanan FELDA United pada perlawanan Piala Presiden 2018 di Stadium Sarawak semalam.
SENGIT: Pemain tengah Sarawak, Nazarudin Bohri (kiri) dicabar pertahanan FELDA United pada perlawanan Piala Presiden 2018 di Stadium Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia