Utusan Borneo (Sarawak)

Kenny Choo juara gusti lengan BRC 3.0

-

KUCHING: Peserta Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA), Kenny Choo merangkul gelaran ‘Champion Of The Champion’ Pertanding­an Gusti Lengan BRC 3.0 anjuran Kolej Bunga Raya (BRC) UNIMAS kelmarin.

Juara kategori lelaki melebihi 75kg itu menepati ramalan apabila berjaya menewaskan pemenang kategori lelaki bawah 75kg, Davis Paulus yang mewakili Pusat Latihan Polis ( PULAPOL) dalam perlawanan yang cukup sengit.

Penuntut UNIMAS, Alexander Kuleh Paul pula menduduki tempat kedua kategori lelaki melebihi 75kg, manakala Alvin Imang Ngau ( SASA) di tempat ketiga.

Dalam kategori lelaki bawah 75kg, dua penuntut UNIMAS, Randy B Christophe­r dan Cristal Ada masingmasi­ng menduduki tempat kedua dan ketiga.

Persaingan kategori wanita melebihi 65kg menyaksika­n peserta SASA, Abigail Kee ditabalkan selaku juara, tempat kedua dan ketiga milik peserta UNIMAS, Jennifer Jamesle dan Goh Cheng Lynn.

UNIMAS turut menggondol tiga tempat teratas kategori wanita bawah 65kg yang dimenangi Ranimah Langan, Fatin Nasuha Khairodin dan Siti Norhafikah Hamid.

Lebih 50 peserta terdiri daripada penuntut dari UNIMAS dan SASA menyertai pertanding­an tersebut.

Ia kali ketiga pertanding­an itu dianjurkan oleh Kolej Bunga Raya (BRC) UNIMAS dan mendapat sambutan begitu menggalakk­an khususnya daripada peserta ataupun ‘pullers’ dalam kalangan penuntut UNIMAS Bar Brothers termasuk SASA.

Edisi kali ini menampilka­n sedikit kelainan apabila BRC turut menjemput Persatuan Gusti Lengan Sarawak (SASA) sebagai penganjur bersama.

Empat kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki Melebihi 75kg, Lelaki Bawah 75kg, Wanita Melebihi 65kg dan Wanita Bawah 75kg.

“SASA berharap UNIMAS dapat melahirkan lebih ramai ‘puller’ yang mantap dan cergas,” jelas Presiden SASA, Matthew Dominic Barin yang juga bekas penuntut UNIMAS.

“Persatuan juga berharap insititusi pengajian tinggi ( IPT) dapat menubuhkan kelab gusti lengan dengan bimbingan latihan yang betul agar mereka dapat menjadi ‘puller’ yang berjaya.

“Untuk itu, penuntut boleh melawat Premier 101 Gym sekali seminggu untuk mengikuti latihan berpusat di bawah bimbingan Penasihat SASA Datuk Seri Teng Chi Lik,” jelas Matthew yang juga ketua pengadil pertanding­an tersebut.

Hadir sama pengadil Goh Thian Wei, Luke Decker dan Tracey Edwin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia