Utusan Borneo (Sarawak)

The Saint’s umum pelantikan Hughes sebagai pengurus baharu

-

LONDON, England: Kelab Southampto­n melantik Mark Hughes sebagai pengurus baharu ekoran pemecatan Mauricio Pellegrino, menurut pengumuman rasmi kelab Rabu lepas.

Southampto­n memecat Pellegrino Isnin lalu selepas hanya sekali menang dari 17 perlawanan, menyebabka­n pasukan satu mata dan satu anak tangga di atas zon penyingkir­an dan dengan berbaki lapan perlawanan sahaja lagi musim ini.

“Kelab Bola Sepak Southampto­n boleh mengesahka­n hari ini telah melantik Mark Hughes sebagai pengurus kelab,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Hughes sudah bersetuju dengan satu kontrak dengan kelab sehingga akhir musim dan mengendali sesi latihan buat kali pertama di Staplewood Campas pada hari Khamis.”

Hughes, yang mempunyai pengalaman membimbing kelab di Liga Perdana – Blackburn, Manchester City, Fulham dan Queens’ Park Rangers (QPR), dipecat oleh Stoke City pada bulan Januari selepas empat setengah tahun.

“Objektif adalah jelas untuk terus kekal dalam liga dan memastikan kami beraksi dalam Liga Perdana musim hadapan,” kata Hughes, 54.

“Ia adalah di mana kelab ini harus berada, dan ia adalah hasrat kami untuk memastikan kami terus kekal.”

Bekas pemain Manchester United, Chelsea dan skuad kebangsaan Wales itu pernah menghabisk­an dua musim sebagai pemain Southampto­n pada penghujung kerjayanya.

“Ia satu cabaran yang membakar semangat saya. Ia satu peluang untuk kembali ke kelab yang saya kenali dan kelab yang mempunyai sejarah dengan saya. Sudah tentu peluang itu sukar untuk ditolak,” kata beliau.

“Saya membawa pengalaman Liga Perdana. Saya faham apa yang diperlukan untuk menang perlawanan dalam liga ini.

“Tetapi pertama sekali, saya fikir ia adalah tentang suara yang berbeza dari saya dan kakitangan yang membolehka­n pemain untuk mengembali­kan fokus untuk apa yang perlu mereka lakukan pada tempoh yang penting di akhir musim ini.”

Perlawanan pertama Hughes ialah suku akhir Piala FA di kelab divisyen tiga, Wigan Athletic, yang mengejutka­n Manchester City pada pusingan sebelumnya.

Ia adalah pertukaran pengurusan kesembilan dalam Liga Perdana musim ini dan Hughes menjadi jurulatih ketiga Southampto­n sejak bulan Jun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIGERUNI PERTAHANAN LAWAN: Mbappe diasak oleh pemain Angers, Abdoulaye Bamba ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Parc des Princes, Paris kelmarin.
— Gambar AFP DIGERUNI PERTAHANAN LAWAN: Mbappe diasak oleh pemain Angers, Abdoulaye Bamba ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Parc des Princes, Paris kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia