Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain nombor satu dunia itu benam Chardy 7-5 dan 6-4, di landasan raih kejuaraan ke-6 di Indian Wells

-

INDIAN WELLS, Amerika Syarikat (AS): Pemain nombor satu dunia, Roger Federer, menempah tempat ke suku akhir kejohanan Siri Master Indian Wells dengan kemenangan 7-5 dan 6-4 ke atas Jeremy Chardy di sini Rabu lepas.

Jaguh dari Switzerlan­d berusia 36 tahun itu, yang memenangi kejuaraan Grand Slam ke-20 beliau di Terbuka Australia pada bulan Januari, mengharung­i permulaan musim terbaik dalam kerjayanya dan kini mempunyai rekod 15-0 setakat tahun ini.

Ia adalah permulaan terbaik beliau sejak 2006, apabila memulakan rekod 16-0 dan menang 33 dari 34 perlawanan pertama.

“Ia hebat. Ia adalah tahun yang berbeza sekali, dan begitu banyak tahun selepas itu,” kata beliau.

“Untuk begitu lama saya berasa sangat bagus di Australia. Saya tidak tahu jika saya mendapat kelebihan dari kejohanan di Australia untuk mengharung­i musim baharu dengan baik.”

Federer, yang turut muncul juara di Rotterdam pada bulan Februari, memburu rekod kejuaraan keenam beliau di Indian Wells.

“Ya, dan juga kejuaraan di Rotterdam juga hebat. Saya berasa sangat gembira kerana dapat memenangi kejohanan di sana, bukan hanya ke separuh akhir dan mendapat ranking nombor satu dunia.

“Dan di sini sekarang, saya menyedari saya sudah

Ia hebat. Ia adalah tahun yang berbeza sekali, dan begitu banyak tahun selepas itu. Roger Federer Pemain nombor satu dunia

menang tiga perlawanan. Kerana ia undian yang sukar di Indian Wells, anda tidak pasti apa untuk dijangkaka­n. Jadi saya berasa gembira dengan pencapaian saya.”

Federer, yang juga juara bertahan kejohanan, melakukan pukulan servis yang meyakinkan dan menang semua mata pada servis pertama.

Di suku akhir, Federer akan bertemu dengan pemain dari Korea Selatan, Chung Hyeon, yang menewaskan pilihan ke-30, Pablo Cuevas 6-1 dan 6-3.

Ia adalah pertemuan kedua menentang Chung pada tahun ini.

Chung melangkah ke peringkat separuh akhir Terbuka Australia tetapi terpaksa menarik diri ketika menentang Federer kerana kecederaan kaki.

“Beliau agak bergelut pada perlawanan itu (di Terbuka Australia),” kata Federer. “Melihat kecederaan­nya ketika itu, yang tidak menggembir­akan kerana saya boleh bayangkan kesakitan beliau.”

Pada aksi lain, Borna Coric dari Croatia menamatkan cabaran pemain tuan rumah, Taylor Fritz 6-2, 6-7(6/8) dan 6-4.

Coric, pemain bukan pili- han, menempah pertemuan suku akhir menentang Kevin Anderson dari Afrika Selatan, yang menewaskan Pablo Carreno Busta dari Sepanyol 4-6, 6-3 dan 7-6(8/6). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEMANGA­T: Federer melakukan pukulan servis padu ketika beraksi menentang Chardy di Indian Wells, California pada Rabu lepas.
— Gambar AFP BERSEMANGA­T: Federer melakukan pukulan servis padu ketika beraksi menentang Chardy di Indian Wells, California pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia