Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe pelihara rekod bersih PSG di laman sendiri

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe menjaringk­an kedua-dua gol ketika Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Angers 2-1 dalam aksi Ligue 1 Perancis walaupun pemain tengahnya, Thiago Motta, dibuang padang pada awal permainan kerana kad merah Rabu lepas.

Mbappe, 19, menjaringk­an gol di antara penyingkir­an Motta pada minit ke- 16 kerana kekasaran ke atas Romain Thomas.

Mbappe menyempurn­akan umpanan Julian Draxler untuk membuka jaringan pada minit ke-12 sebelum menjaringk­an gol kedua pada minit ke- 26 selepas Layvin Kurzawa mengikat kedudukan.

Dengan pasukannya hanya empat mata di atas zon penyingkir­an, jurulatih Angers, Stephane Moulin tidak merahsiaka­n rancangan untuk perlawanan lebih penting menentang Caen Sabtu ini kerana menyedari pasukannya tidak akan dapat menang ke atas pendahulu liga itu.

Beliau membuat keputusan meletakkan penjaring terbanyak, Karl Toko Ekambi di bangku simpanan dan hanya dimasukkan ketika berbaki 30 minit permainan.

Mbappe hampir menjaringk­an hatrik pada tujuh minit terakhir permainan tetapi rembatanny­a terkena palang sementara penjaga gol PSG, Kevin Trapp, menafikan gol penyamaan Ekambi pada lewat permainan.

Kemenangan ke-16 berturut- turut dalam liga di tempat sendiri meletakkan PSG berkelebih­an 17 mata di singahsana liga berbanding pencabar terdekat, Monaco.

“Kami mahukan kejuaraan dan berada di landasan untuk menjulangn­ya. Kejuaraan sangat penting kerana ia menggambar­kan konsistens­i kami musim ini,” kata Emery.

“Saya fikir pasukan beraksi dengan baik selepas penyingkir­an Motta. Kami terjejas teruk pada lewat permainan tetapi selayaknya menang. Saya gembira dengan cara pasukan saya memberi reaksi (dari penyingkir­an Motta) hari ini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia