Utusan Borneo (Sarawak)

Juve terus jarakkan kedudukan di singgahsan­a Serie A Itali selepas menewaskan Atalanta 2-0

-

MILAN, Itali: Gonzalo Higuain menjaringk­an satu gol dan mengumpan gol satu lagi gol ketika Juventus menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan empat mata berbanding Napoli di singgahsan­a Serie A Itali selepas menewaskan Atalanta 2-0 Rabu lepas.

Higuain, penyerang antarabang­sa Argentina, membuka jaringan pada minit ke-29 di Turin pada satu perlawanan yang dijadualka­n semula dari bulan lepas selepas ditangguhk­an kerana ribu salji.

Higuain menghasilk­an gol kedua dengan melorong bola kepada Blaise Matuidi pada minit ke-81.

Gol itu hadir tidak lama selepas Atalanta kurang seorang pemain apabila pemain pertahanan, Gianluca Mancini dibuang padang selepas menerima dua kad kuning dalam beberapa minit ekoran kekasaran ke atas Higuain dan Giorgio Chiellini.

Satu tempoh 12 kemenangan berturut- turut dalam Serie A meletakkan skuad kendalian Massimilia­no Allegri di landasan memenangi kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut, satu rekod baharu, walaupun mereka masih perlu menanti Napoli pada perlawanan 22 April depan.

“Kami tidak harus mula memikirkan tentang kejuaraan dalam tangan,” kata Allegri.

“Ia satu tempoh penting setiap musim tetapi kami harus mengekalka­n fokus.

“Napoli berada rapat di belakang kami dan kami memerlukan lebih banyak mata untuk memenangi kejuaraan.”

Juventus, yang muncul naib juara Liga Juara-Juara sebanyak dua kali dalam tiga musim terakhir, layak ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Tottenham Hotspur. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERIMA PADAH: Mancini melakukan terjahan keras ke atas Higuain (kiri) ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin Rabu lepas.
— Gambar AFP TERIMA PADAH: Mancini melakukan terjahan keras ke atas Higuain (kiri) ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia