Utusan Borneo (Sarawak)

All England: Chong Wei mara ke pusingan kedua

-

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton All England di Birmingham, England pada Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Juara All England empat kali itu memulakan kempen kejohanan dengan langkah kanan menundukka­n pemain bukan pilihan, Ygor Coelho dari Brazil dengan 21-15, 2117 dalam masa 37 minit untuk bertemu Lee Dong Keun dari Korea Selatan.

Sekiranya Chong Wei melepasi pusingan kedua itu hari ini, beliau dijangka menentang antara Lin Dan atau pemain Taiwan, Wang Tzu Wei pada suku akhir nanti, menurut laman web kejohanan bwf.tournament­sotware.com.

Pemain nombor dua dunia itu memenangi kejohanan bernilai keseluruha­n $1,000,000 (RM3.9 juta) sebanyak empat kali pada 2010, 2011, 2014 dan 2017.

Turut mengikut jejak pemain itu adalah beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang terpaksa bergelut hampir sejam untuk mengenepik­an beregu Indonesia, Fajar Alfian- Muhammad Rian Ardianto 21-16, 16-21, 23-21.

Cabaran getir menanti OngTeo apabila mereka perlu berdepan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia yang mudah mengalahka­n rakan sepasukan mereka Angga Pratama-Rian Agung Saputro 21-16, 21-19 pada pusingan pertama.

Nasib, bagaimanap­un tidak menyebelah­i juara Terbuka Jerman, Goh Soon HuatShevon Lai apabila mereka disingkirk­an seawal pusingan pertama oleh pasangan tuan rumah Chris Adcock-Gabrielle Adcock 21- 14, 21- 15 dalam kategori beregu campuran. — Bernama

 ??  ?? CHONG WEI
CHONG WEI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia