Utusan Borneo (Sarawak)

The Bavarians tempah aksi suku akhir buat tahun ketujuh berturut-turut

-

ISTANBUL, Turki: Gol Thiago Alcantara dan gol pertama Sandro Wagner dalam Liga Juara-Juara melengkapk­an kemenangan 3-1 Bayern Munich di Besiktas untuk memastikan kelab gergasi Bundesliga Jerman itu melangkah ke suku akhir buat tahun ketujuh berturut-turut.

Bayern melengkapk­an kemenangan agregat 8-1 ke atas Besiktas, selepas menamatkan saingan dengan kemenangan 5-0 pada perlawanan pertama di Munich.

Bagi jurulatih Bayern, Jupp Heynckes, yang menggantik­an Carlo Ancelotti pada bulan Oktober, ia adalah kemenangan ke-11 berturut-turut dalam Liga Juara-Juara dan mencipta satu rekod baharu pertanding­an.

“Ia keputusan meyakinkan,” kata Heynckes. “Besiktas tidak tewas di sini (Istanbul) dalam Liga Juara-Juara, jadi ia bukannya mudah.

“Kami menjaringk­an gol pada masa yang tepat dan ia normal di mana kami hilang rentak sedikit – sesuatu yang mungkin biasa berlaku selepas menang 5-0 (pada perlawanan pertama).

“Satu-satu perkara negatif hari ini ialah kami menerima terlalu banyak kad kuning,” tambah beliau selepas Jerome Boateng, Mats Hummels dan Rafinha mendapat kad kuning.

Selepas Thiago membuka jaringan awal, gol sendiri pemain pertahanan Besiktas, Gokhan Gonul meletakkan Bayern 2-0 di hadapan pada awal separuh masa kedua.

Walaupun Besiktas ketinggala­n 0-7 secara agregat, mereka meningkatk­an permainan dan menjaringk­an gol saguhati dari jaringan Vagner Love.

Tetapi Bayern menjaringk­an gol ketiga apabila Sandro Wagner dimasukkan dari bangku simpanan untuk meraikan penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara dengan gol pertama beliau di Eropah.

“Ia perlawanan benar-benar mencemaska­n,” kata kapten Bayern, Thomas Mueller.

“Kami hilang banyak bola terutama sekali dalam separuh masa kedua dan tidak mempunyai struktur permainan yang kami mahukan.”

Selepas menolak desakan untuk menurunkan skuad lemah selepas kemenangan besar pada perlawanan pertama, Bayern tidak membuang masa untuk membuka jaringan apabila Thiago, yang kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan, menjaringk­an gol pertama beliau sejak menentang Anderlecht pada bulan September hun lepas. Namun selepas menjaring- kan gol ke-100 Bayern musim ini, Thiago terpaksa dikeluarka­n pada mini tke-35 kerana kecederaan, dengan James Rodriguez dimasukkan menggantik­an tempat.

Bayern menambah jaringan apabila Gonul tertolak bola ke pintu gol sendiri dari satu hantaran lintang Rafinha.

Besiktas merapatkan kedudukan pada minit ke-59 tetapi ia tidak dapat mengubah nasib mereka sebelum Wagner melengkapk­an jaringan pada minit ke-84. — AFP t a -

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Ribery (kanan) dengan tenang mengawal bola ketika menerima tekanan dari pada pemain pertahanan Besiktas pada perlawanan di Vodafone Arena, Istanbul kelmarin.
— Gambar AFP FOKUS: Ribery (kanan) dengan tenang mengawal bola ketika menerima tekanan dari pada pemain pertahanan Besiktas pada perlawanan di Vodafone Arena, Istanbul kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? NADI BARCA: Iniesta (bawah) tersungkur selepas diasak oleh pemain Chelsea, Victor Moses ketika bersaing pada perlawanan di Nou Camp, Barcelona Rabu lepas.
— Gambar AFP NADI BARCA: Iniesta (bawah) tersungkur selepas diasak oleh pemain Chelsea, Victor Moses ketika bersaing pada perlawanan di Nou Camp, Barcelona Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia