Utusan Borneo (Sarawak)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia terus komited dan tegas dalam menangani kempen boikot sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) yang membabitka­n masa depan 650,000 pekebun kecil sawit di negara ini.

-

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, pekebun kecil tidak perlu gusar mengenai kempen boikot sawit oleh EU kerana kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu ini.

Katanya, kerajaan komited untuk terus mengadakan perbincang­an bersama pihak Eropah bagi menangani isu berkenaan.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memberikan arahan supaya kebajikan pekebun kecil terus diutamakan dan terpelihar­a daripada kesan negatif isu ini.

Salah satu langkah adalah dengan memulakan dan melaksanak­an Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia ( MSPO), serta mempelbaga­ikan penggunaan sawit dari masa ke masa melalui penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang dilaksanak­an Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Menurut Mah Siew Keong, ini adalah antara langkah proaktif yang dilakukan kerajaan bagi memastikan pendapatan pekebun kecil terus meningkat dan beliau yakin masa depan industri sawit negara adalah positif.

Dalam sesi temubual ‘ Facebook Live’ bersama Sinar Harian, Mah Siew Keong berkata, kempen anti sawit ini bukanlah sesuatu yang baharu berlaku kerana sebelum ini, EU pernah mengadakan kempen sama atas sebab kesihatan. Bagaimanap­un, katanya, Malaysia sudah berjaya membuktika­n minyak sawit adalah selamat dan mempunyai kebaikanny­a yang tersendiri.

“Antaranya, minyak sawit kaya dengan vitamin A dan vitamin E serta tiada asid lemak trans. Jadi, daripada sudut kesihatan seharusnya tiada masalah yang timbul kerana ini adalah minyak terbaik,” katanya.

“Saya sendiri sudah 56 tahun menggunaka­n minyak sawit, sehingga kini saya masih sihat dan tiada masalah kesihatan.

Namun, kini timbul pula isu kemampanan alam sekitar dan ini bukan sahaja melibatkan negara kita tetapi juga negara pengeluar minyak sawit lain di seluruh dunia.

Katanya, isu ini tidak s e h a r u s n y a t i m b u l memandangk­an Malaysia telah menetapkan­50peratusk­awasan hutan terus terpelihar­a. Ini adalah komitmen yang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri.

“Malaysia membuat perakuan bahawa 50 peratus negara kita akan masih kekal dengan hutan” jelas Mah Siew Keong bagi menangkis dakwaan beberapa pihak bahawa Malaysia tidak menjaga alam sekitar dan memusnahka­n hutan.

Selain itu, Malaysia juga memastikan tanaman sawit terus terpelihar­a dengan pematuhan undang-undang.

Menyentuh mengenai alam sekitar, Mah Siew Keong berkata produktivi­ti sawit lebih tinggi berbanding tanaman lain seperti soya dan biji sesawi.

“Buktinya satu hektar sawit boleh menghasilk­an sehingga lima kali ganda lebih banyak minyak berbanding sayuran lain,” katanya.

Katanya, kempen anti sawit dalam kalangan negara EU tidak seharusnya timbul memandangk­an industri sawit negara telah m e n c a p a i ulang tahun yang ke-100.

Mah Siew Keong berkata, pekebun kecil tidak seharusnya bimbang akan kempen anti sawit kerana tanpa sokongan dari Eropah pasaran kelapa sawit masih luas.

Katanya lagi, Iran telah meningkatk­an eksport minyak sawit dari Malaysia sebanyak dua kali ganda berbanding sebelum ini. Selain itu, China juga bersetuju untuk meningkatk­an permintaan sawit dari Malaysia.

“Malaysia tidak terlalu bimbang mengenai potensi pasaran minyak sawit. Namun yang dikhuatiri adalah persepsi dan prinsip negatif yang timbul dari isu ini.

“Minyak sawit adalah minyak terbaik yang j u g a menjimatka­n kos jadi pasaran sawit akan sentiasa ada,” katanya.

B a g a i m a n a p u n , menurutnya, Malaysia membantah secara prinsip walaupun hanya 30 peratus nilai eksport ke EU.

“Diskrimina­si EU ini akan memberikan kesan negatif kepada minyak sawit. Kita menentang atas dasar itu”.

Sebelum mengakhiri perbualan Mah Siew Keong berkata, kita sentiasa menjaga imej negara bagi mengelakka­n isu ini menjadi semakin serius. Saya sendiri berjumpa dengan syarikat kita yang melabur di luar negara dan berpesan mengenai perkara ini.

Katanya lagi, adalah menjadi komitmen negara untuk terus memperjuan­gkan masa depan industri sawit di Malaysia dan juga luar negara. Selain itu, katanya Malaysia turut fokus dalam memastikan kelestaria­n alam sekitar terus terpelihar­a disamping mengutamak­an kepentinga­n pekebun kecil

di negara ini. insyirah@mpob.gov.my) PUTRAJAYA: Kerajaan China memutuskan untuk tidak mengenakan had bagi import minyak sawit selari dengan hasrat negara tersebut untuk mengimport produk sawit berjumlah USD8 bilion (RM31 bilion) dalam tempoh masa lima tahun ini.

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata, China masih lagi mengekalka­n kedudukann­ya sebagai rakan perdaganga­n terbesar Malaysia selama lapan tahun berturut-turut.

“Kerajaan China juga sedang menilai kepentinga­n mengimport lebih banyak bahan api berasaskan biojisim sawit dari Malaysia,” katanya ketika kunjungan hormat ke atas Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, Februari lalu.

Turut hadir dalam perbincang­an semasa kunjungan berkenaan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din; Setiausaha Bahagian Perancanga­n Strategik dan Antarabang­sa, Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Sutekno Ahmad Belon; Setiausaha Bahagian Industri Sawit dan Sagu MPIC, Dr. Sugumari Shanmugam dan ketua pegawai eksekutif agensi yang terlibat dengan komoditi sawit dan getah.

“Saya amat menghargai sokongan berterusan China dengan mengimport lebih banyak minyak sawit Malaysia biarpun ada pihak yang cuba menjejaska­n reputasi komoditi utama negara ini,” kata Mah Siew Keong dalam sesi perjumpaan tersebut.

Beliau juga berharap Malaysia dan China dapat menjalin kerjasama dalam bidang biojisim sawit memandangk­an Malaysia menghasilk­an banyak bahan biojisim setiap tahun, manakala China mempunyai kelebihan sebagai antara pengeluar teknologi biojisim utama.

“Saya amat mengalu-alukan pelabur dari China untuk melabur dalam sektor hiliran di Malaysia dan mengekspor­t hasilnya ke negara lain.

“Malaysia juga akan menyediaka­n beberapa insentif berkaitan dalam usaha kami untuk memacu penggunaan biojisim di negara ini,” katanya.

Perkara lain yang turut dibincangk­an adalah berkaitan biodiesel. Mah Siew Keong berkata, Malaysia melalui MPOB baru-baru ini telah menyertai satu rundingan bersama Tsinghua University berkaitan penyelidik­an biodiesel di China.

Menyentuh perkara itu, Bai Tian menyatakan bahawa penggunaan diesel dalam pasaran China adalah sebanyak 165 juta tan, yang mana 5 peratus daripada jumlah tersebut adalah biodiesel.

C h i n a d i j a n g k a memerlukan 8 juta tan minyak sawit bagi memenuhi keperluan biodieseln­ya. Beliau menggesa pengeluar biodiesel berasaskan minyak sawit di Malaysia untuk mengambil peluang mengekspor­t produk mereka ke China.

Pada tahun 2017, hubungan dua hala di antara Malaysia dan China menjangkau nilai sebanyak USD96 bilion ( RM380 bilion), pertumbuha­n sebanyak 10.5 peratus berbanding pada tahun 2016.

China juga bersedia untuk melabur sebanyak USD760 bilion (RM2.97 trilion) di peringkat global. China merupakan pengimport minyak sawit Malaysia ketiga terbesar selepas India dan Kesatuan Eropah pada tahun 2017.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong ketika temubual ‘Facebook Live’ Sinar Harian.
DATUK Seri Mah Siew Keong ketika temubual ‘Facebook Live’ Sinar Harian.
 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong dan Bai Tian beramah mesra ketika kunjungan ke MPIC di Putrajaya.
DATUK Seri Mah Siew Keong dan Bai Tian beramah mesra ketika kunjungan ke MPIC di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia