Utusan Borneo (Sarawak)

PUTRAJAYA: Industri sawit Malaysia mengatasi sektor komoditi lain dalam menjana pendapatan eksport negara bagi tahun 2017.

-

Tahun lalu menyaksika­n eksport produk sawit menyumbang RM77.8 bilion atau sebanyak 55.5 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi negara, peningkata­n 14.6 peratus berbanding 2016.

Eksport produk getah di tangga kedua dengan RM32.3 bilion atau 23 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi Malaysia. Ini adalah 30.2 peratus lebih baik daripada prestasi 2016.

Sektor produk kayu-kayan pula mencatatka­n sumbangan eksport sebanyak 16.6 peratus atau RM23.2 bilion sementara sektor produk koko memberi sumbangan 4 peratus kepada pendapatan eksport komoditi pada jumlah RM5.6 bilion.

P r o d u k t e m b a k a u menyumbang sebanyak 0.8 peratus atau RM1.1 bilion kepada pendapatan eksport sektor komoditi Malaysia untuk 2017, dan ini merupakan penurunan 29.8 peratus berbanding dengan prestasi 2016.

Produk l ada yang menyumbang sebanyak 0.2 peratus kepada pendapatan eksport sektor komoditi untuk 2017 turut mempamerka­n penurunan prestasi sebanyak 37 peratus kepada RM308.9 juta.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, eksport sektor komoditi 2017 mencatatka­n nilai tertinggi pada RM141.1 bilion sejak tahun 2011 di mana pendapatan eksport produk- produk komoditi adalah sebanyak RM140.3 bilion atau 15 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara.

Katanya, nilai ini adalah peningkata­n sebanyak 14.4 peratus berbanding RM122.6 bilion yang direkodkan pada tahun 2016.

“Sektor komoditi juga kekal sebagai net exporter terbesar dengan merekodkan imbangan dagangan sebanyak RM100.8 bilion berbanding sektor lain seperti elektrik dan elektronik sebanyak RM90.1 bilion dan petroleum dan gas sebanyak RM36 bilion,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Disebalik cabaran yang dihadapi, Mah Siew Keong mengiktira­f prestasi cemerlang ini sebagai hasil usaha keras daripada pelbagai pihak yang terlibat termasuk pihak industri, pekebun kecil dan agensi kerajaan.

Beliau berharap agar usaha ini dapat diteruskan bagi mengukuhka­n industri komoditi negara demi membela sumber pendapatan 1.2 juta pekebun kecil.

 ??  ??
 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong
Datuk Seri Mah Siew Keong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia