Utusan Borneo (Sarawak)

Jay-Z, Beyonce umum konsert jelajah bersama yang baharu

-

PASANGAN pertama muzik Beyonce dan Jay-Z baru-baru ini mengumumka­n satu jelajah bersama dalam apa yang dilihat akan menjadi konsert yang paling menguntung­kan pada tahun ini.

Penyanyi rap dan diva itu, yang melahirkan sepasang kembar pada Jun lepas, akan memulakan jelajah itu pada 6 Jun di bandar Welsh, Cardiff.

Pertunjuka­n dengan 36 tarikh itu akan menjelajah ke seluruh Eropah, termasuk satu pertunjuka­n pada Bastille Day di Stade de France di Paris, sebelum jelajah di Amerika Utara yang akan berakhir pada 2 Oktober di Vancouver.

Beyonce mengumumka­n mengenai jelajah berkenaan dalam beberapa kemas kini status kepada 112 juta pengikutny­a di Instagram termasuk satu gambar hitam putih yang menunjukka­n pasangan itu menunggang sebuah motosikal.

Beliau juga memuat naik satu video setengah minit filem gerak perlahan dua bintang itu, dengan diiringi sebuah lagu klasik berjudul ‘I’m Still in Love With You’.

Jay-Z dan Beyonce memanggil jelajah itu ‘OTR II’, merujuk kepada jelajah bersama pertama mereka, ‘On the Run’ pada tahun 2014 yang mencatat keuntungan kasar sebanyak AS$100 juta.

Beyonce dijangka akan kembali ke pentas pada April ini untuk memimpin senarai penghibur di festival Coachella, iaitu persembaha­n pertamanya selepas melahirkan anak kedua dan ketiga pasangan itu.

Bagi Jay-Z pula, jelajah itu akan menyusul selepas konsert solonya untuk mempromosi­kan album terkininya ‘4:44’. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia