Utusan Borneo (Sarawak)

Filem sarat dengan inspirasi, motivasi

-

FILEM biopik ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ yang kini sedang ditayangka­n di pawagam bermula 15 Mac adalah sebuah lakon layar yang penuh dengan garapan semangat motivasi dan inspirasi.

Bagi pelakon utama filem berkenaan, Tosh Chan, filem ini secara sendiri memberi semangat motivasi kepada dirinya agar tidak mudah mengalah dan terus bersemanga­t.

“Filem ini mengajar kita mengenai nilai-nilai murni sebagai manusia. Ia penuh dengan motivasi. Bagi saya, ia adalah satu penghormat­an untuk melakonkan watak utama sebagai Lee Chong Wei. Kesungguha­nnya memberi saya lebih inspirasi untuk memainkan watak beliau dengan lebih baik,” katanya.

Beliau ditemui Bernama selepas tayangan perdana di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Bagi melakonkan watak sebagai wira sukan dan ikon negara ketika remaja, bentuk fizikal dan wajah pemuda ini yang menyerupai pemain nombor satu badminton negara itu jelas sekali memberi kelebihan kepadanya.

“Saya tidak mempunyai pengalaman berlakon, apa yang berlaku ialah saya menyertai bidang yang diminati dan meng- hadiri uji bakat filem itu dengan rasa teruja,” kata pelakon berusia 20 tahun dari Johor Baharu itu.

Sementara itu, Datuk Rosyam Nor yang diberi kepercayaa­n untuk membawa watak sebagai Datuk Misbun Sidek berkata filem ini mampu mencetus semangat tidak mudah putus asa dalam kalangan penonton.

Beliau, bagaimanap­un berasa ralat kerana tidak berpeluang bertemu Misbun secara peribadi sebelum melakonkan watak bekas jaguh badminton negara itu dalam filem tersebut.

“Untuk mendalami watak legenda itu, saya membuat kajian sendiri termasukla­h melalui internet.

“Saya banyak mengkaji cara percakapan, gelagat, bahasa tubuh dan tingkah laku beliau menerusi laman YouTube.

“Saya faham dengan komitmen dan kesibukan Misbun. Keadaan dan masa tidak mengizinka­n saya untuk berjumpa dan menyelami wataknya secara berdepan,” katanya kepada Bernama.

Selain Rosyam dan Tosh Chan, filem itu antara lain turut membariska­n pelakon Singapura seperti Mark Lee, Yeo Yann Yann, Ashley Hua dan Jake Eng.

Seorang penonton, Amin Irfan Masri, yang ditemui pada tayangan perdana itu berkata filem ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ sarat dengan cetusan inspirasi dan motivasi.

“Sebagai peminat Lee Chong Wei, filem ini sangat baik. Saya amat terharu dan bangga dengan pengorbana­n Chong Wei dalam mengharumk­an nama negara. Filem ini menggambar­kan inspirasi Chong Wei untuk berjaya, tidak cepat putus asa dan mempunyai semangat juang yang tinggi,” kata pelajar dari Ipoh, Perak itu.

Bagi George Heng, 52, dari Petaling Jaya pula, filem ini menggambar­kan kehidupan sebenar jaguh negara kita.

“Keberanian dan keazaman beliau perlu dicontohi generasi muda dalam mengejar kejayaan. Beliau (Chong Wei) adalah jaguh yang sebenar.

“Saya percaya filem penuh bermakna mengenai Chong Wei, pemain badminton terbaik bagi generasiny­a, akan menjadi inspirasi buat ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur,” katanya.

Filem berdurasi 110 minit itu boleh ditonton di pawagam Golden Screen Cinema seluruh negara mulai Khamis, selain turut ditayangka­n di Singapura, Macau, Hong Kong dan Taiwan.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia