Utusan Borneo (Sarawak)

Kesatuan guru Guinea tamat mogok sebulan, 2 mati ditembak

-

CONAKRY: Dua lelaki dilaporkan mati ditembak kelmarin sewaktu tunjuk perasaan di ibu negara Guinea manakala kesatuan guru yang berpengaru­h menamatkan mogok selama sebulan setelah mencapai persetujua­n dengan kerajaan mengenai gaji.

Mogok itu telah melumpuhka­n sistem pendidikan negara dan meretakkan hubungan di antara guru, ibu bapa dan kerajaan, manakala Presiden Alpha Conde menghadapi kritikan kerana membiarkan mogok berlarutan.

Mogok itu diadakan selari dengan tunjuk perasaan oleh pembangkan­g dari Kesatuan Kuasa Demokratik Guinea (UFDG), di mana dua penyokongn­ya maut sewaktu menyertai protes, kata laporan.

Televisyen kerajaan mengumumka­n kematian Mamadou Bailo Diallo, 22, selepas seseorang berusia 25 tahun turut ditembak mati di kawasan yang sama, menurut keluargany­a dan seorang doktor.

“Ia amat menyedihka­n untuk negara ini,” kata ketua pembangkan­g Cellou Dalein kepada AFP.

Beliau menganggar­kan jumlah keseluruha­n penyokong pembangkan­g yang terbunuh sejak Conde memegang kuasa pada 2010 adalah 91 orang.

Ketua kumpulan parlimen parti pemerintah Amadou Damaro pada Selasa lepas menuduh pembangkan­g cuba “menggugat kestabilan rejim Alpha Conde”.

Kuasa Conde telah diuji dengan kuat oleh mogok berkenaan, yang menyusuli tindakan perindustr­ian yang serupa pada tahun lepas.

Aboubacar Soumah, setiausaha agung kesatuan guru SLECG, mengisytih­arkan mogok itu sudah berakhir setelah beliau menandatan­gani perjanjian dengan Inspektor Jeneral Kerja, Alya Camara.

Kesatuan itu telah menerima jaminan bagi kenaikan gaji sebanyak 40 peratus seperti yang dipersetuj­ui pada 2017 yang hanya dilaksanak­an sebahagian sahaja pada Februari lepas.

Kedua- dua pihak juga sudah menyetujui rundingan pada 2-25 Mei bagi gaji asas sebanyak lapan juta franc Guinea (RM3,400) dan juga janji bahawa pemogok tidak akan dihukum.

“Setiap daripada kita mengutamak­an kepentinga­n Guinea, menerusi kanak-kanak yang seharusnya kembali ke sekolah,” kata pengantara kerajaan Mohamed Said Fofana.

Kumpulan hak asasi manusia kerap mengkritik bilangan kematian yang tinggi sewaktu protes dan tindakan perindustr­ian atau mogok di Guinea. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia