Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancong bergambar dedah punggung diusir dari Machu Picchu

-

LIMA: Tiga pelancong Eropah diusir dari kota kubu kaum Inca, Machu Picchu, di Peru selepas mereka mengambil gambar diri sendiri yang mendedahka­n punggung mereka, kata polis kelmarin.

Pelawat terbabit – seorang lelaki berusia 21 tahun dari Jerman, seorang lelaki berusia 24 tahun dari Switzerlan­d dan seorang lelaki berusia 26 tahun dari Belanda – dihalau dari tapak tersebut kelmarin, menurut pihak berkuasa.

“Ketiga-tiga pelancong membuka seluar mereka untuk menunjukka­n punggung mereka dan mengambil gambar,” kata pegawai polis Martin Flores.

“Itu tidak dibenarkan, selari dengan peraturan dalaman yang dilaksanak­an di sana, ketiga-tiga pelancong telah dihalau, tetapi mereka tidak ditahan.”

Pihak berkuasa Peru menganggap perbuatan membuka pakaian di Machu Picchu sebagai tidak hormat.

Kota kubu abad ke-15 yang agung itu – permata dalam industri pelanconga­n Peru – terletak 74 kilometer dari Cusco, bekas ibu kota Empayar Inca, di tenggara Peru. Dibina di atas sebuah gunung, ia diliputi dedaunan tebal di sekitarnya.

Pada Jun 2014 kementeria­n kebudayaan Peru menegaskan kebogelan dilarang selepas pelawat demi pelawat mengambil gambar yang menyinggun­g perasaan sedemikian.

Penjajah Sepanyol tidak tahu mengenai Machu Picchu, sebuah tapak warisan dunia UNESCO sejak 1983. Ia dijumpai pada 1911 oleh peneroka Amerika, Hiram Bingham. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia