Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar AS protes keganasan senapang

Tuntut tindakan sebulan selepas serangan berdarah di sekolah tinggi Florida

-

WASHINGTON: Dari Washington ke Los Angeles, pelajar meninggalk­an bilik kelas di Amerika Syarikat (AS) kelmarin dalam protes akar umbi terbesar sejak sekian lama untuk menentang keganasan senapang, dan menuntut tindakan sebulan selepas satu serangan berdarah di sebuah sekolah tinggi Florida.

Ratusan remaja dari sekolah kawasan Washington berhimpun di luar Rumah Putih sambil membawa poster yang menyebut ‘Books Not Bullets’ (Buku Bukan Peluru) dan ‘ Protect People Not Guns’ (Lindungan Manusia Bukan Senapang) sebelum mereka berarak ke bangunan Capitol AS.

“Kami mahu menunjukka­n kepada Kongres dan ahli politik bahawa kami tidak berdiri di tepi sahaja, kami tidak senyap lagi,” kata Brenna Levitan, 17, yang menyertai protes bersama ibunya.

“Parkland akan menjadi serangan sekolah terakhir.”

Puluhan pelajar di bandar raya lain di kesemua 50 negeri mengadakan demonstras­i yang sama dan bertafakur sejenak untuk memberi penghormat­an kepada 14 pelajar dan tiga kakitangan dewasa yang maut sebulan lalu di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida.

Di Washington, beberapa jam selepas protes berakhir, penggubal undang- undang AS mengambil langkah pertama mereka yang signifikan untuk menangani keganasan senapang di sekolah sejak serangan di Parkland.

Dewan Perwakilan mengundi 407-10 untuk membiayai langkah pencegahan keganasan di sekolah termasuk meningkatk­an kawalan keselamata­n, pemeriksaa­n kesihatan mental dan mewujudkan sistem laporan sulit supaya pelajar dapat melaporkan ugutan.

Namun Kongres belum lagi menangani aspek yang lebih kontrovers­i dalam kawalan senapang seperti yang dituntut selepas serangan di Parkland.

Ini termasuk mengembang­kan pemeriksaa­n latar belakang bagi penjualan senapang, larangan ke atas senjata serangan dan menaikkan usia minimum bagi beberapa pembelian senjata api.

Dengan mengenakan pakaian warna merah tua sekolah, pelajar di Stoneman Douglas melawat tugu peringatan bagi rakan kelas mereka yang terbunuh sambil berpelukan dan menangis.

Di sebuah sekolah tinggi di Cherry Hill, New Jersey, pelajar berarak ke padang bola sepak dan berhimpun dalam formasi jantung untuk memberi penghormat­an kepada mangsa.

Di Los Angeles dan bandar raya lain, remaja mengeja slogan protes ‘#ENOUGH’ dengan berbaring di atas padang sukan.

Di Washington, pelajar disertai ahli Demokrat dalam Kongres di Capitol.

Mereka yang bercakap mengecam Persatuan Raifal Kebangsaan ( NRA), lobi senapang yang berpengaru­h di AS, dan menuntut agar Kongres menggubal undang- undang yang lebih tegas mengenai pemilikan senapang.

“Anda, orang muda negara ini, sedang memimpin negara,” kata Senator Bernie Sanders kepada orang ramai.

“Orang sudah bosan dengan keganasan senapang dan masanya adalah sekarang bagi semua kita, bersama, untuk menentang NRA.”

Di New York, pelajar – kebanyakan mereka memakai baju oren, warna kawalan senapang – berjalan keluar dari lebih 50 sekolah.

“Kami mahukan perubahan” dan “Adakah saya mangsa seterusnya?” mereka melaung.

Mogok ‘National School Walkout’ itu dirancang untuk diadakan selama 17 minit, seminit bagi setiap mangsa.

Namun puluhan ribu pelajar di seluruh negara membuat keputusan untuk ponteng sepenuhnya dari sekolah dan menunjuk perasaan.

Di Rumah Putih, Farah Parmah, 17, yang belajar di Sekolah Tinggi Thomas Wootton di Rockville, Maryland, berkata saranan kontrovers­i Presiden Donald Trump untuk menyediaka­n senjata bagi guru-guru dan melatih mereka “adalah satu idea yang sangat, sangat buruk”.

“Keganasan senapang sudah meragut terlalu banyak nyawa pada tahun ini,” kata Parmah.

“Senapang tidak sepatutnya ada di sekolah.”

Protes di seluruh negara itu diadakan sebulan selepas Nikolas Cruz, seorang bekas pelajar berusia 19 tahun yang bermasalah di Stoneman Douglas, menembak bekas rakan sekelasnya bertalutal­u.

Cruz, yang memakai baju penjara berwarna merah, dihadapkan ke mahkamah di Fort Lauderdale kelmarin dan seorang hakim mengemukak­an pengakuan tidak bersalah bagi pihaknya.

Peguamnya menyatakan dia akan mengaku bersalah sebagai balasan bagi jaminan bahawa dia tidak akan dikenakan hukuman mati, tetapi pendakwa raya berkata mereka akan menuntut hukuman mati.

AS mencatatka­n lebih 30,000 kematian berkaitan senapang setiap tahun dan pelajar Stoneman Douglas telah menerajui kempen kawalan senapang kebangsaan, untuk membantu meluluskan undang- undang baharu berhubung had usia bagi pembeli senapang di Florida.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PROTES SENAPANG: Pelajar sekolah tinggi berhimpun di luar bangunan Capitol AS ketika menuntut undang-undang pemilikan senapang yang lebih tegas di Washington kelmarin.
— Gambar Reuters PROTES SENAPANG: Pelajar sekolah tinggi berhimpun di luar bangunan Capitol AS ketika menuntut undang-undang pemilikan senapang yang lebih tegas di Washington kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia