Utusan Borneo (Sarawak)

Polis serbu penjara Bolivia, bunuh 6 banduan merusuh

-

LA PAZ: Polis menyerbu sebuah penjara yang mengalami rusuhan di Bolivia pada awal kelmarin, dan membunuh enam banduan dalam operasi yang turut mencederak­an 24 orang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Jose Luis Quiroga berkata orang yang mati di penjara Palmasola adalah banduan “yang menentang serbuan polis”.

Polis berkata enam anggota polis dan 18 banduan cedera dalam operasi itu, yang dilancarka­n untuk mencari senjata dan dadah dalam penjara selepas rusuhan berlaku.

Kira- kira 2,300 anggota polis menyerbu blok sel sebelum subuh, seminggu lepas satu rusuhan yang dicetuskan oleh perintah kerajaan yang melarang kanak-kanak yang berusia di bawah enam tahun daripada melawat ahli keluarga di penjara.

Isteri dan anak-anak tinggal di dalam penjara secara sukarela bersama banduan yang merupakan ahli keluarga mereka.

Mereka dibenarkan keluar sebelum serbuan bermula, kata Quiroga.

Ketua Polis Negara Alfonso Mendoza berkata pencarian menjumpai “alkohol yang masih belum dibuat, selain gerai yang tidak putus-putus untuk menjual dadah, ganja, kokain”.

“Undang-undang tidak ada langsung dalam Palmasola,” katanya, walaupun polis sepatutnya mengawal kemasukan orang dan barang ke dalam penjara. Sehubungan itu polis memaklumka­n mereka merampas 85 pisau, sembilan senjata api, empat bom tangan dan 188 telefon bimbit, menurut akhbar La Razon.

Quiroga turut mengaitkan rusuhan itu dengan perebutan kuasa di kalangan banduan.

Beliau berkata apabila polis memasuki penjara, beberapa banduan melepaskan tembakan, mencederak­an tiga anggota polis dan mencetuska­n kejadian berbalas tembakan.

Objektif operasi adalah untuk merampas semula kuasa ke atas penjara kerana pihak berkuasa sudah menentukan bahawa banduan menggunaka­n penjara itu untuk merancang jenayah di bandar Santa Cruz, katanya.

Di dalam penjara, situasi agak tenang selepas operasi tetapi polis menggunaka­n gas pemedih mata untuk meleraikan orang yang telah berhimpun di luar penjara kerana ingin tahu tentang nasib ahli keluarga mereka.

“Mereka telah masuk untuk menghukum mereka, menembak mereka, mereka telah masuk untuk membunuh mereka. Suami saya ada di dalam. Saya tidak tahu sama ada dia masih hidup ataupun sudah mati,” kata seorang wanita kepada Fides, sebuah stesen radio Katolik.

Terletak di timur Bolivia, Palmasola menempatka­n kira-kira 4,000 banduan dan mempunyai reputasi sebagai salah sebuah penjara paling bahaya dan sesak di negara itu.

 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK KERUAN: Ahli keluarga banduan menunggu berita di luar penjara Palmasola di Santa Cruz kelmarin.
— Gambar Reuters TIDAK KERUAN: Ahli keluarga banduan menunggu berita di luar penjara Palmasola di Santa Cruz kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia