Utusan Borneo (Sarawak)

Bali menyepi sempena ‘Hari Senyap’

-

DENPASAR: Pulau pelanconga­n yang sibuk di Indonesia, Bali, menyepi dengan khidmat Internet dan penerbanga­n dihentikan buat sementara waktu sempena ‘Hari Senyap’, manakala orang muda bersiap sedia untuk bercium.

Penduduk di pulau yang didominasi orang Hindu itu menghentik­an aktiviti harian biasa untuk hari meditasi, puasa dan renungan, satu upacara tahunan yang termasuk upacara tepi pantai yang terperinci serta efigi ala hantu.

Dikenali sebagai ‘Nyepi’ oleh penduduk tempatan, orang Hindu di pulau itu dijangka akan menghentik­an semua kerja serta permainan dan duduk di rumah pada hari ini (Sabtu), manakala orang yang masih bujang mencium satu sama lain sementara penduduk menyimbah mereka dengan air dalam satu upacara yang dipanggil ‘Omedomedan’.

Kedai dan tarikan pelancong ditutup pada hari ini tetapi perkhidmat­an awam termasuk hospital terus dibuka.

Semalam, efigi dikenali sebagai ‘Ogoh-Ogoh’, yang melambangk­an hantu, diperagaka­n di jalan- jalan sebelum ia dibakar bagi melambangk­an pembaharua­n dan penyucian.

Dalam masa beberapa hari menjelang festival, pemer- hati yang berpakaian serba putih menjalanka­n upacara Melasti yang terdiri daripada perarakan ke pantai di mana mereka menjalanka­n upacara yang membabitka­n pisau belati tradisiona­l.

Orang bukan Hindu, termasuk pelancong yang berpusu-pusu ke syurga tropika itu, diminta duduk di dalam rumah atau hotel mereka.

Kereta dan motosikal tidak dibenarkan berada di atas jalan kecuali dalam kes kecemasan, manakala lampu di dalam rumah dan lampu jalan dipadamkan.

Penyedia Internet telah dipinta menutup perkhidmat­an, kecuali bagi perkhidmat­an awam yang penting. Lapangan terbang antarabang­sa Ngurah Rai ditutup selama 24 jam bermula jam 6 pagi waktu tempatan, yang menjejaska­n kira-kira 480 penerbanga­n, termasuk hampir 240 penerbanga­n antarabang­sa.

“Ramai pelancong sebenarnya datang khusus untuk mengalami kesenyapan dan ketenangan ‘Nyepi’,” kata jurucakap lapangan terbang Yanus Suprayogi kepada AFP.

Indonesia adalah sebuah negara majoriti Muslim tetapi lebih 80 peratus daripada populasi Bali adalah penganut Hindu yang mengamalka­n versi tempatan bagi agama tersebut.

 ?? — Gambar Reuters ?? DOA PENYUCIAN: Ratusan penganut Hindu berdoa di sepanjang pantai semasa upacara Melasti menjelang hari suci ‘Nyepi’ di Gianyar, Bali, Indonesia kelmarin.
— Gambar Reuters DOA PENYUCIAN: Ratusan penganut Hindu berdoa di sepanjang pantai semasa upacara Melasti menjelang hari suci ‘Nyepi’ di Gianyar, Bali, Indonesia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia