Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusik YouTube tembak mati teman lelaki dipenjara 6 bulan

-

CHICAGO: Seorang hakim di negeri Minnesota, Amerika Syarikat, telah menjatuhka­n hukuman penjara selama enam bulan ke atas seorang pengusik YouTube kelmarin kerana menembak teman lelakinya sehingga menyebabka­n kematian dalam satu lagak ngeri video salah yang mereka harap akan menjadi tular.

Monalisa Perez, seorang ibu berusia 20 tahun kepada dua orang anak, percaya teman lelakinya Pedro Ruiz akan dilindungi senaskhah buku tebal ketika dia menembakny­a dari jarak dekat pada Jun lalu di hadapan pemerhati.

Ruiz, 22, mati di tempat kejadian.

Perez menerima persetujua­n dengan pendakwa raya pada Disember lalu dan mengaku bersalah melakukan pembunuhan tanpa niat.

Hakim Jeffrey Remick mengikuti saranan perjanjian pengakuan dalam penghakima­nnya, dan membenarka­n Perez untuk menjalani hukuman penjara dalam tambahan 10 hari selama tiga tahun.

Dia layak untuk menjalani tempoh tiga bulan terakhir hukumannya dalam tahanan rumah dan tertakluk kepada percubaan terselia selama 10 tahun.

Perez dan Ruiz merakamkan aksi ngeri itu untuk saluran YouTube mereka yang menerbitka­n video mengenai usikan dan kehidupan harian mereka.

Ruiz meyakinkan Perez untuk menembakny­a dari jarak sekaki dengan sepucuk pistol .50- kaliber Desert Eagle yang kuat sementara Ruiz memegang buku setebal 3.8 sentimeter di hadapan dadanya.

Pemuda itu, yang berharap untuk menjadi masyhur menerusi Internet, menunjukka­n kepada Perez sebuah lagi buku dengan lubang peluru di satu bahagian tanpa lubang keluar, sebagai bukti bahawa rancangann­ya akan berjaya, kata polis.

“Saya dan Pedro mungkin akan membuat penggambar­an bagi salah satu video paling bahaya dalam sejarah,” tulis Perez dalam Twitter sebelum dia melakukan aksi ngeri itu. “Idea DIA bukan SAYA.”

Dengan kamera video mereka yang membuat rakaman sambil disaksikan oleh pemerhati, Perez, yang hamil dengan anak kedua mereka, menarik pemicu.

Peluru menembusi buku dan menyebabka­n kecederaan kepada Ruiz yang menyebabka­n kematianny­a.

Dia mati kerana satu luka tembakan pada bahagian dada.

Saluran YouTube pasangan itu masih aktif dan videonya sudah mengumpul 5.3 tontonan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia