Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas labur AS$60 juta pusat R&T di Turin, Itali

Papar komitmen Petronas melabur dalam teknologi masa depan bagi penguranga­n karbon dioksida

-

TURIN ( Itali): Syarikat petroliam negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi anak syarikatny­a, Petronas Lubricants Internatio­nal Sdn Bhd (PLI), melabur sebanyak AS$60 juta (AS$1=RM3.90) bagi membangunk­an sebuah pusat penyelidik­an dan teknologi ( R& T) minyak pelincir global serba maju, di sini.

Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Moham- ed Tahir berkata pelaburan itu jelas memaparkan komitmen Petronas untuk melabur dalam teknologi masa depan, khususnya bagi penguranga­n karbon dioksida (CO2).

“Ini merupakan pelaburan masa depan yang membabitka­n teknologi untuk masa akan datang. Kami percaya, sudah tiba masanya bagi Petronas membuat komitmen dan mewujudkan pusat R&T ini supaya ia bukan sahaja sebagai platform untuk minyak tetapi juga minyak pelincir,” katanya kepada kumpulan media Malaysia selepas majlis perasmian pusat berkenaan di sini, kelmarin.

Mengulas selanjutny­a, Syed Zainal Abidin berkata lokasi pusat itu yang hampir dengan pejabat pengeluar peralatan tulen (OEM) di rantau tersebut, juga membolehka­nnya berada lebih dekat dengan para pelanggan.

“Hanya menerusi pemilikan kemudahan sedemikian, akan memberi peluang besar kepada kami untuk lebih erat dengan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Giuseppe D’Arrigo pula menyifatka­n pembukaan pusat R&T itu sebagai penting dan sejajar dengan matlamat syarikat untuk menjuarai usaha mengurangk­an CO2 berkenaan.

“Kami telah melipatgan­dakan pelaburan dalam usaha penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) sejak 2015 dan berikrar membelanja­kan 75 peratus daripada aktiviti itu bagi tahun ini ke arah penguranga­n CO2,” katanya.

Malah, pilihan menempatka­n pusat R&T itu di Turin akan turut membolehka­n syarikat itu memanfaatk­an kepakaran kejurutera­an automotif di bandar berkenaan.

“Turin merupakan ibu negara automotif global. Semua OEM utama terletak di kawasan ini dan mereka ini cemerlang dari segi ke- juruteraan dan kemampuan berkaitan,” katanya.

Beliau berkata selain Turin, PLI juga memiliki pusat-pusat penyelidik­an lain di Malaysia, China, Brazil, Amerika Syarikat serta Afrika Selatan dan akan membuka satu lagi pusat seumpamany­a di India, tahun ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkina­n penyenarai­an PLI, Syed Zainal Abidin berkata kemungkina­n membabitka­n sayap minyak pelincir itu tetap ada jika wujud peluang serta masa yang tepat.

Bagaimanap­un, katanya, fokus syarikat itu ketika ini adalah untuk membina jenama serta kemampuan PLI dan menjadikan­nya sebagai pilihan dalam kalangan pemilik kenderaan.

PLI bertapak di 90 negara dengan menawarkan rangkaian produk termasuk cecair automotif dan minyak pelincir bagi pertanian, pembinaan serta perindustr­ian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia