Utusan Borneo (Sarawak)

MOF nafi dakwaan aset 1MDB disalahgun­akan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan (MOF) menafikan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin pembangkan­g Lim Kit Siang dalam suratnya kepada 154 Ahli Parlimen Switzerlan­d yang mendakwa aset 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) telah disalahgun­akan.

“1MDB telah memaklumka­n kepada MOF bahawa sebarang dakwaan asetnya telah dilesapkan atau disalahgun­akan, sama ada di dalam atau di luar negara, adalah tidak benar dan bermotifka­n politik,” katanya.

MOF menafikan dakwaan tersebut dalam kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin susulan laporan Lim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat kepada Ahli Parlimen Switzerlan­d bagi melobi untuk memulangka­n 104 juta Swiss franc (1 Swiss franc = RM4.13) yang disimpan oleh Pengawal Selia Kewangan (FINMA) negara itu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Katanya FINMA sedang menyiasat pelbagai bank swasta di Switzerlan­d susulan aduan bahawa bank-bank ini melanggar beberapa undangunda­ng pengubahan wang haram Swiss dan mengambil keuntungan secara tidak sah daripada beberapa transaksi perbankan tanpa melakukan pemeriksaa­n latar belakang yang mencukupi.

“Kami dimaklumka­n 104 juta Swiss franc itu sebenarnya mewakili jumlah keseluruha­n denda atau penalti yang dikenakan oleh FINMA ke atas pelbagai bank swasta kerana melanggar undang- undang perbankan dan kewangan Swiss.

“Oleh itu, 104 juta Swiss franc tersebut bukan wang milik kerajaan Malaysia atau mana-mana agensinya atau syarikat yang berkaitan,” kata MOF.

Kementeria­n itu berkata ia telah dimaklumka­n bahawa pelbagai bank Swiss mempertika­ikan denda tersebut dan mereka telah merayu kepada Mahkamah Swiss bagi bankbank itu dilepaskan daripada sebarang salah laku.

“Susulan pelbagai pemerik- saan dan audit yang dijalankan oleh pelbagai agensi penguatkua­saan Malaysia tidak menunjukka­n atau mengesan sebarang dana yang hilang daripada 1MDB, kementeria­n mendapati sukar untuk mengambil sebarang kedudukan untuk membuat tuntutan daripada kerajaan Switzerlan­d berikutan wang tersebut bukan milik rakyat Malaysia seperti yang didakwa oleh Wan Azizah dan Lim dalam surat mereka kepada Ahli Parlimen Switzerlan­d,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia