Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada cadangan tetapkan harga lantai getah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menetapkan harga lantai getah kepada RM3 sekilogram ekoran impak kewangan sebanyak RM1.29 bilion yang bakal ditampung kerajaan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata jumlah peruntukan tambahan itu perlu dibelanjak­an kerajaan bagi menyokong harga getah asli sekiranya ia turun mendadak.

Katanya penetapan harga itu juga bakal menyediaka­n ruang aktiviti spekulasi harga oleh pedagang getah yang tidak bertanggun­gjawab.

“Buat masa ini memang tiada cadangan, penetapan harga ini juga bakal menyediaka­n ruang untuk aktiviti penyeludup­an getah ke dalam negara kerana harga tempatan yang lebih tinggi daripada antarabang­sa,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKRSungai Petani) yang bertan- yakan bila kerajaan akan mengumumka­n pengenalan harga lantai getah agar penoreh dan pengusaha industri bersedia.

Mengulas lanjut, Datu Nasrun berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekebun getah, dan pada 2015, kerajaan memperkena­l Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) bagi membantu peladang kecil.

Katanya IPG akan diaktifkan apabila purata bulanan harga getah gred SMR20 FOB berada pada paras RM5.50 sekilogram.

“IPG merupakan mekanisme terbaik dalam menampung perbezaan harga pasaran, di samping memberi galakan kepada peladang untuk terus menoreh walaupun harga getah rendah di pasaran,” katanya.

Beliau berkata setakat 31 Jan tahun ini, sebanyak 545,175 pemohonan tuntutan IPG telah diluluskan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM68.9 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia