Utusan Borneo (Sarawak)

ECERDC bekerjasam­a dengan TUM bagi tingkatkan penerimaan Industri 4.0

-

KUALA LUMPUR: Pusat Kecemerlan­gan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES), yang akan dibina di Cybercentr­e, Taman Teknologi Pahang, akan beroperasi mulai Jun 2018, sebagai langkah untuk memacu Wilayah Ekonomi Pantai Timur ( ECER) ke hadapan Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John, berkata pusat itu akan mempercepa­tkan penerimaan Industri 4.0 dalam ECER.

Langkah itu sebahagian­nya adalah strategi keseluruha­n untuk memudahkan peralihan wilayah berkenaan ke dalam ekonomi berasaskan produktivi­ti dan intensif teknologi seperti yang digariskan dalam Pelan Induk ECER 2.0 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Kami sekarang sedang mengusahak­an fasa pertama selama 20 bulan.

Universiti Teknikal Munich ( TUM) dan ECERDC, masing- masing akan melabur sebanyak RM1 juta dan RM1.5 juta, bagi menubuhkan ACES.

“Kami mempunyai penunjuk prestasi utama untuk mencapai sekurang-kurangnya 15 syarikat dalam tempoh berkenaan. Kami telah memulakan perbincang­an dengan beberapa pihak termasuk Taman Perindustr­ian Kuantan Malaysia-China dan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur,” katanya kepada Bernama selepas menandatan­gani perjanjian kerjasama itu dengan TUM Internatio­nal GMBH di sini kelmarin.

Perjanjian tersebut ditandatan­gani dengan Pengarah Urusan TUM Internatio­nal GMBH, Daniel A. Gottschald.

Turut hadir ialah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

TUM Internatio­nal GMBH adalah anak syarikat milik penuh TUM, universiti terbaik di Jerman berdasarka­n Penyenarai­an Universiti Dunia QS.

ECERDC berkata ia akan memanfaatk­an pengalaman dan kepakaran TUM bagi mendapatka­n rangka kerja teknikal dan pelan hala tuju Industri 4.0, termasuk latihan dan persijilan.

“TUM akan menyediaka­n khidmat nasihat dan perundinga­n mengenai pengenalan dan peningkata­n teknologi dalam pelbagai bidang dalam lingkungan sektor swasta dan awam mengenai Industri 4.0, termasuk teknologi pintar dan inovatif yang lain.

“Ia juga akan menugaskan pakar teknikal kepada ACES untuk mengadakan bengkel dan seminar secara individu kepada syarikat-syarikat, serta menyediaka­n kursus latihan bagi graduan dan pekerja profesiona­l dari Malaysia dan Asia,” kata ECERDC.

Katanya, ACES telah dibayangka­n untuk menjadi nukleus kepada pusat kompetensi untuk pembanguna­n Industri 4.0 melalui inisiatif dan perkongsia­n kerajaan-akademik-industri strategik dan juga bagi menawarkan teknologi yang relevan untuk membina rantaian nilai baharu di Asia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Mustapa (dua kanan) menyaksika­n pertukaran perjanjian kerjasama yang diwakili oleh Jebasingam (kanan) dengan Daniel (kiri) pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Kerjasama Pacu Pertubuhan Industri 4.0 antara Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai...
— Gambar Bernama KERJASAMA: Mustapa (dua kanan) menyaksika­n pertukaran perjanjian kerjasama yang diwakili oleh Jebasingam (kanan) dengan Daniel (kiri) pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Kerjasama Pacu Pertubuhan Industri 4.0 antara Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia