Utusan Borneo (Sarawak)

BNM gesa orang ramai daftar ke sistem ECCRIS pantau kedudukan kredit

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) menggalakk­an orang ramai agar mendaftar ke Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat dalam talian (eCCRIS) bagi membolehka­n mereka mengakses laporan peribadi kedudukan kredit mereka pada bila-bila masa.

BNM memperkena­lkan eCCRIS pada 19 Jan, 2018, dan laporan kredit boleh diakses menerusi laman sesawang di http:// eccris. bnm. gov. my secara percuma.

Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan BNM, Qaiser Iskandar Anwaruddin, berkata laporan CCRIS akan menunjukka­n sejarah rekod pembayaran balik pinjaman peminjam dengan 75 institusi kewangan yang mengambil bahagian, termasuk bank, syarikat insurans serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dalam tempoh 12 bulan lepas.

“Laporan itu tidak memberikan penilaian kedudukan kredit seseorang peminjam. Oleh itu Ia adalah laporan fakta dan bukan senarai hitam,” katanya pada taklimat media mengenai eCCRIS, di sini kelmarin.

Qaiser berkata eCCRIS akan membolehka­n orang ramai mengawal kewangan mereka kerana mereka diberi kuasa untuk bertanggun­gjawab dan menambah baik terhadap kedudukan kredit mereka sendiri, yang akan membantu membawa membuat keputusan kewangan lebih bertanggun­gjawab.

Beliau berkata kekerapan memeriksa laporan CCRIS juga akan membantu pengguna mengesan aktiviti penipuan dan menghalang pencurian identiti.

“Dengan eCCRIS, pengguna boleh mengemukak­an permintaan pengesahan data secara terus kepada institusi kewangan untuk mengesahka­n dan membetulka­n mana-mana perkara yang tidak tepat yang dikenal pasti dalam laporan mereka.

“CCRIS diuruskan oleh Biro Kredit BNM dan terdapat juga agensi pelaporan swasta seperti Credit Tip Off Service, Credit Bureau of Malaysia yang berada di bawah pengawasan Pendaftar Kredit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah LINK dan Pejabat BNM, Datin Arlina Ariff, berkata setakat 13 Mac tahun ini terdapat 45,350 pengguna berdaftar di seluruh negara yang merupakan purata kira-kira 889 sehari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia