Utusan Borneo (Sarawak)

3,000 peluang pekerjaan menunggu warga tempatan dalam projek ECRL

-

KUALA TERENGGANU: Kira- kira 3,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada masyarakat tempatan menerusi pelaksanaa­n projek berimpak tinggi, Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata selain mewujudkan peluang pekerjaan, Kolej TATIUC di Kemaman pula akan dijadikan tempat latihan pekerja untuk projek berkenaan.

Projek ECRL itu kini dalam fasa pengambila­lihan tanah bagi pembinaan ‘basecamp’, katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara anak syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporatio­n Berhad (Epic), T7 Global Berhad dan CMC Engineerin­g Snd Bhd di sini kelmarin.

Kerjasama tiga pihak itu adalah bagi meneroka peluang perniagaan dalam projek rangkaian kereta api sepan- jang 600 kilometer, dengan lapan stesen merentasi tiga negeri Pantai Timur.

Beliau berkata ECRL dijangka siap pada 2024.

Ahmad Razif berkata tiga syarikat berkenaan akan menjalanka­n pembinaan prasarana bagi pihak kontraktor utama projek – MRL (Malaysia Rail Link Sdn Bhd) dan CCC (China Communicat­ions Constructi­on Sdn Bhd) seperti pembinaan rel dan stesen kereta api.

“Kita juga minta Epic Berhad, sebagai wakil kerajaan negeri, menyelaras­kan pembekalan pasir dan kuari kepada kontraktor tempatan agar projek ini turut dapat disertai syarikat tempatan,” katanya.

Pada majlis itu, Epic Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Noor Fadzil Mohamed Nor, T7 Global Berhad diwakili oleh Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Seri Nik Norzrul Thani manakala CMC Engineerin­g diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hazwan Alif Abdul Rahman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTUKARAN DOKUMEN: Ahmad Razif (dua kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Noor Fadzil (kanan) dan Nik Norzrul (dua kiri) pada Majlis Menandatan­gani MoU antara Kumpulan EPIC dengan T7 Global dan CMC Engineerin­g Sdn...
— Gambar Bernama PERTUKARAN DOKUMEN: Ahmad Razif (dua kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Noor Fadzil (kanan) dan Nik Norzrul (dua kiri) pada Majlis Menandatan­gani MoU antara Kumpulan EPIC dengan T7 Global dan CMC Engineerin­g Sdn...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia