Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n dalam semua segmen itu disebabkan asas ekonomi yang kukuh

-

KUALA LUMPUR: Pasaran modal Malaysia meningkat 12.6 peratus kepada RM3.2 trilion pada 2017 dengan pertumbuha­n kukuh dilihat di semua segmen, menurut Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC).

Katanya pasaran modal menyaksika­n pertumbuha­n dua angka di seluruh segmen dengan pasaran ekuiti naik 14.4 peratus kepada RM1.9 trilion, Bon dan Sukuk meningkat 10.1 peratus kepada RM1.3 trilion dan pasaran modal Islam naik 11.9 peratus kepada RM1.9 trilion, hampir kepada 60 peratus daripada keseluruha­n pasaran modal.

Pertumbuha­n tersebut 2.4 kali Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan merupakan kelima terbesar di Asia, menurut SC dalam laporan tahunan 2017 yang dikeluar- kan semalam.

Pengerusin­ya, Tan Sri Ranjit Ajit Singh, dalam taklimat laporan tahunannya, berkata pertumbuha­n dalam semua segmen itu disebabkan asas ekonomi yang kukuh, pemulihan pendapatan yang berterusan, penjanaan modal untuk pembiayaan infrastruk­tur, aliran masuk asing yang positif dengan aliran masuk bersih sebanyak RM17.6 bilion, dan tahap penyertaan yang lebih tinggi.

“Pasaran modal mencatatka­n pertumbuha­n yang kukuh dalam semua segmen dan terus memainkan peranan utama dalam pembentuka­n modal dan pembiayaan ekonomi Malaysia, selain pada masa sama menawarkan pelbagai peluang kepada pelabur seperti dilihat daripada tahap penyertaan yang tinggi.

“Kami akan terus memastikan ekosistem yang mudah dan pengawalse­liaan untuk menggalakk­an kepercayaa­n dan keyakinan dalam pasaran,” katanya.

Ranjit berkata pengumpula­n dana juga amat kukuh pada tahun lepas, mencatatka­n paras tertinggi sebanyak RM146.6 bilion, iaitu melebihi purata lima tahun sebanyak RM114 bilion. — Bernama KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia ( SC) semalam menubuhkan Kumpulan Pendigitan Industri Pembrokera­n Saham (BRIDGe), satu kumpulan kerja bersama antara pengawal selia dan industri untuk mempercepa­t proses pendigitan industri pembrokera­n saham.

Pengumuman itu dibuat semasa pelancaran Laporan Tahunan SC 2017.

Bank pusat dalam satu kenyataan semalam berkata, BRIDGe bertujuan mempercepa­t proses pendigitan industri pembrokera­n dalam meningkatk­an kecekapan operasi dan standard perkhidmat­an.

“Kumpulan tersebut terdiri daripada SC, BNM dan peserta industri termasuk para broker dan institusi perbankan. SC dan BNM berkongsi matlamat bersama untuk memacu proses pendigitan dalam industri kewangan Malaysia.

“Terdapat peluang untuk menerapkan inovasi di seluruh rantaian nilai pengantara­an dan mengurangk­an kos dalam sektor broker dan perbankan,” kata BNM.

Oleh itu, penting bagi pengawal selia bekerjasam­a dengan pihak industri memberi nilai yang besar kepada pelanggan, serta pembanguna­n pasaran dalam jangka panjang, kata bank pusat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMBANG PERNIAGAAN: Muhamad Farid Saad (kanan) melihat produk makanan ringan sambil diberi penerangan oleh Haliza Hussain (tengah) pada majlis pelepasan kontena produk Haliza Industries Sdn Bhd ke Bahrain di Imperial Industrial Park, Permatang Tinggi,...
— Gambar Bernama KEMBANG PERNIAGAAN: Muhamad Farid Saad (kanan) melihat produk makanan ringan sambil diberi penerangan oleh Haliza Hussain (tengah) pada majlis pelepasan kontena produk Haliza Industries Sdn Bhd ke Bahrain di Imperial Industrial Park, Permatang Tinggi,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia