Utusan Borneo (Sarawak)

Gerakan Koperasi Malaysia terus catat peningkata­n perolehan pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Gerakan koperasi di negara ini mencatat peningkata­n perolehan yang memberangs­angkan pada 2017 berbanding tahun sebelumnya, kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Dr Noor Zari Hamat.

Beliau berkata, perolehan sektor koperasi mencatat peningkata­n 0.9 peratus kepada RM40 bilion pada 2017 daripada RM39.66 bilion pada 2016.

Bagi mencapai sasaran perolehan koperasi sebanyak RM50 bilion menjelang 2020, ia memerlukan penglibata­n gerakan koperasi secara agresif di seluruh negara, katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 SKM di sini, semalam.

Penyampaia­n anugerah tersebut disempurna­kan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong.

Noor Zari berkata, aktiviti koperasi di Malaysia masih boleh diperluask­an seperti pengurusan koperasi di negara maju antaranya Denmark dengan gerakan koperasiny­a menguasai 35 peratus sektor peruncitan dan pemboronga­n.

Selain itu, penglibata­n anggota koperasi di peringkat lebih tinggi tidak begitu aktif sebaliknya mereka hanya memilih untuk kekal sebagai anggota biasa sahaja.

“Situasi itu berbeza dengan beberapa negara luar (yang maju) apabila kebanyakan anggota koperasi mereka bergerak seiring dengan pengurusan.

“Inilah yang perlu yang kita contohi supaya keseluruha­n anggota koperasi mampu mengerakka­n koperasi masing-masing,” katanya.

Setakat akhir 2017 terdapat 13,900 koperasi berdaftar dengan 6.55 juta anggota.

Pada majlis itu, 101 kakitangan SKM terpilih sebagai penerima APC 2017 berdasarka­n perkhidmat­an cemerlang mereka selain terlibat dalam program kemasyarak­atan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia