Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih suku kedua Top Glove meningkat 32%

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih pengeluar sarung tangan getah, Top Glove Corporatio­n Bhd bagi suku kedua berakhir 28 Feb, 2018, meningkat sebanyak 32.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM109.99 juta.

Perolehann­ya turut menokok kepada RM958.44 juta daripada RM851.54 juta pada tahun sebelumnya berikutan jumlah jualannya melonjak 21 peratus dan merupakan paras tertinggi, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

“Peningkata­n ketara jumlah jualan itu disumbangk­an terutamany­a oleh pertambaha­n permintaan bagi sarung tangan getah asli.

“I n i s e k a l i g u s menekankan kepentinga­n memiliki gabungan produk yang seimbang merangkumi sarung tangan getah asli dan nitril, sejajar dengan permintaan pasaran,” katanya.

Mengulas prospeknya, Top Glove berkata ia akan meneruskan usaha pengembang­an strategik menerusi saluran organik dan bukan organik.

“Kami kini dalam proses membangunk­an dua kemudahan baharu iaitu Kilang 31 ( beroperasi menjelang Jun 2018) dan Kilang 32 ( beroperasi menjelang awal 2019). Apabila siap nanti, ia akan meningkatk­an barisan pengeluara­n kumpulan dengan tambahan 78 barisan serta kapasiti pengeluara­n sebanyak 7.8 bilion sarung tangan setahun,” katanya.

Top Glove turut menjangkak­an persekitar­an perniagaan yang mencabar bagi tempoh akan datang, termasuk membabitka­n kos operasi lebih tinggi.

Bagaimanap­un, katanya, permintaan terhadap sarung tangan akan terus meningkat secara kukuh, didorong oleh peningkata­n kesedaran serta piawaian penjagaan kesihatan di peringkat global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia