Utusan Borneo (Sarawak)

Snek perisa jagung Haliza Industries berjaya menembusi pasaran Bahrain

-

BUKIT MERTAJAM: Syarikat pengeluar makanan ringan, Haliza Industries Sdn Bhd mencatat kejayaan apabila lima kontena snek perisa jagung berjenama Bingo Bite keluaranny­a yang bernilai RM2.5 juta (AS$630,000), dapat menembusi pasaran Bahrain.

Pengarah Urusannya, Datin Haliza Hussein berkata ini susulan penyertaan syarikat dalam program Bahagian Antarabang­sa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) ke Pameran Perdaganga­n Gulfood Dubai 2018 di Dubai pada 18 hingga 22 Feb lepas.

FAMA membawa lima syarikat termasuk Haliza Industries Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat di bawah penjenamaa­n Seri Pinang.

“Kami amat bertuah kerana mendapat sokongan dan bantuan kerajaan selain agensiagen­si di Pulau Pinang.

“Apa yang saya lihat, walaupun bukan kilang besar, produk keluaran Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) boleh mendapat tempahan banyak jika menepati kualiti dan piawaian di peringkat antarabang­sa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan penghantar­an eksport produk itu ke Bahrain di sini, kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kumpulan Fokus Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pulau Betong, Datuk Dr. Muhamad Farid Saad.

Mengimbas detik permulaan perniagaan itu, Haliza berkata usaha yang dimulakan pada 2008 adalah bermodalka­n RM370,000.

Ini membawa kejayaan termasuk meraih nilai jualan pasaran luar sebanyak RM1.9 juta pada tahun lepas.

Berikutan itu, syarikat berkenaan menyasarka­n jualan eksportnya mencecah RM39 juta bagi tahun ini susulan tempahan Bahrain serta China, Brunei Darussalam, Singapura serta Arab Saudi.

“Kami memasarkan produk ini ke China sejak tahun 2014 yang mendapat permintaan tertinggi dengan mencecah tujuh kontena setakat ini.

“Ini menyebabka­n kami membuka gudang di Shanghai pada Disember tahun lalu bagi menampung permintaan selain dipasarkan di 700 pasar raya negara itu,” katanya.

Haliza optimis dengan prospek syarikatny­a dan menyasarka­n untuk melebarkan usaha itu ke pasaran lain seperti Kanada dan Australia.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Antarabang­sa FAMA, Datuk Nazipah Jamaludin berkata usaha Haliza Industries Sdn Bhd wajar dicontohi oleh usahawan lain untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabang­sa.

Beliau berkata, nilai eksport produk makanan Malaysia setakat November 2017 adalah RM37 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia