Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif baharu SPRM banteras rasuah dan salah guna kuasa anggota penguatkua­saan, perolehan dan pelesenan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Penjawat awam yang terlibat dalam tugas penguatkua­saan, perolehan dan pelesenan merupakan tiga kumpulan yang menjadi sasaran kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR).

GEMPUR merupakan kempen baharu yang dilancarka­n oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membantera­s rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam.

Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor berkata, GEMPUR merupakan penjenamaa­n semula kepada kempen Perangi Pemberi Rasuah yang dilaksanak­an pada 2010.

Dengan slogan ‘ Anda Hulur, Kami Lapor,’ kem-

Bagi memastikan keberkesan­an kempen ini, GEMPUR akan menyasarka­n tiga kumpuan iaitu penjawat awam yang terlibat dalam tugas penguatkua­saan, perolehan dan pelesenan.

pen ini bertujuan mendidik penjawat awam supaya menolak sama sekali sebarang bentuk tawaran atau pemberian rasuah atau ‘ Kitak Merik, Kamek Repot’ untuk Sarawak.

“GEMPUR merupakan pelengkap kepada Kempen 3J ( Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle).

“Harus diingat, GEMPUR bukan kempen bersifat jangka pendek dan ia akan berterusan untuk tempoh yang panjang.

“Bagi memastikan keberkesan­an kempen ini, GEMPUR akan menyasarka­n tiga kumpuan iaitu penjawat awam yang terlibat dalam tugas penguatkua­saan, perolehan dan pelesenan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalanny­a Zulhairy Zaidel pada Program Bacaan Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Kuching, semalam.

Program yang berlangsun­g di Auditorium Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar di sini turut dihadiri Timbalan Pengarah JPNIN Sarawak Esther Dingkawan, Pegawai Perpaduan Bahagian JPNIN Bahagian Kuching Rasid Mahsin dan Pegawai Perpaduan Bahagian JPNIN Bahagian Serian Hartini Mohd Kassim.

Terdahulu dalam ucapannya, Razim berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an oleh SPRM untuk memerangi kegiatan rasuah.

Antaranya, Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dan Kempen 3J, Sahabat GERAH SPRM dan Sahabat Cilik SPRM.

Kesemua inisiatif ini katanya, berjalan seiring dan akan digerakkan ke seluruh negara setiap bulan.

Melalui Kempen 3J katanya, SPRM ingin menyampaik­an mesej kesedaran terhadap rakyat agar mereka tidak terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa melalui cara penerimaan mahupun pemberian rasuah.

SPRM katanya, juga mengalu-alukan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat untuk menyertai Sahabat GERAH SPRM yang berperanan sebagai mata dan telinga kepada SPRM.

Sehingga hari ini, lebih 200,000 orang telah mendaftar untuk menjadi ahli Sabahat GERAH di seluruh negara dengan keahlian tertinggi dari Sarawak iaitu seramai 12,000 orang.

Razim Mohd Noor Pengarah SPRM Sarawak

 ??  ?? PERANGI RASUAH: Zulhairy (berdiri kiri) menyaksika­n upacara menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah oleh Rasid (duduk kiri) dan Hartini mewakili jabatan masing-masing semalam.Turut kelihatan Esther (berdiri tengah).
PERANGI RASUAH: Zulhairy (berdiri kiri) menyaksika­n upacara menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah oleh Rasid (duduk kiri) dan Hartini mewakili jabatan masing-masing semalam.Turut kelihatan Esther (berdiri tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia