Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta Projek Ladang Rakyat Kpg Naie bakal dapat dividen lebih tinggi

-

KOTA SAMARAHAN: Keuntungan sebanyak 90 peratus bakal dinikmati 175 peserta yang mengikuti Projek Pembanguna­n Ladang Rakyat Kampung Naie.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang yang memberitah­u kadar pengagihan keuntungan itu adalah tinggi dan menguntung­kan peserta projek tersebut.

“Kita amat bersyukur sekali dan berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa melihat kepentinga­n rakyat kerana di bawah inisiatif program pembanguna­n tanah yang dikategori­kan sebagai Projek Ladang Rakyat banyak memberi manfaat kepada peserta yang terlibat.

“Sudah tentu di bawah inisiatif ini para peserta projek ini bakal menikmati dividen yang lebih tinggi berbanding pengurusan ladang sawit yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Peserta Projek Pembanguna­n Ladang Rakyat Kampung Naie di pekarangan Surau Kampung Naie Baru di sini, semalam.

Pada masa sama, Rubiah memberitah­u, projek itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada pesertanya tetapi juga membuka peluang ekonomi termasuk pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Apa jua program pembanguna­n tanah yang dilaksanak­an kerajaan menerusi agensi kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan banyak memberi manfaat kepada pesertanya,” tambahnya.

Beliau memberitah­u menerusi konsep projek itu, pembanguna­n ladang rakyat di kawasan tersebut lebih teratur dan terancang.

“Segala usaha yang dilakukan kerajaan ini adalah bagi memastikan kesejahter­aan dan keselesaan rakyat dilaksanak­an secara berterusan agar dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat,” tegasnya.

Mengulas lanjut tentang projek itu, Rubiah berkata, ia dilaksanak­an di tanah seluas 254.63 hektar melibatkan 175 peserta yang mana FELCRA Berhad dilantik sebagai agensi pelaksana, manakala Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) sebagai agensi pemegang amanah.

“Kita berharap para peserta dapat memberi keyakinan penuh kepada PELITA dan FELCRA agar projek ini dapat berjalan dengan jayanya,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar peserta tidak termakan dengan dakyah palsu yang dibawa individu tidak bertanggun­gjawab terutamany­a ketika musim pilihan raya ini.

Hadir sama Pengurus Pembanguna­n Peserta FELCRA Vincent John Maja, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan Projek Pembanguna­n Ladang Rakyat Kampung Naie Shamsudin Atek dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Rubiah bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta Projek Pembanguna­n Ladang Rakyat Kampung Naie, semalam.
UNTUK KENANGAN: Rubiah bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta Projek Pembanguna­n Ladang Rakyat Kampung Naie, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia