Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar, kaunseling untuk pelajar lepasan SPM dan STPM petang ini

-

SIBU: Lima bahagian Pemuda SUPP Sibu di sini bekerjasam­a membentuk Biro Pendidikan untuk menganjurk­an Seminar dan Kaunseling Pengajian Tinggi Malaysia bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Jurucakap kelima- lima bahagian itu berkata, mereka adalah dari cawangan SUPP Bukit Assek, Dudong, Nangka, Bawang Assan dan Pelawan.

Seminar tersebut akan dikendalik­an dalam bahasa Mandarin dari jam 6: 30 petang ini di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP di Jalan Kampung Datu, di sini.

“Seminar akan memberi pencerahan kepada pelajar dan ibu bapa tentang maklumat terkini mengenai kursus yang ditawarkan oleh universiti awam tempatan (IPTA), biasiswa dan pinjaman pelajaran, keperluan kemasukan serta bantuan untuk aplikasi dalam talian IPTA,” ujarnya.

Beliau berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Cawangan Sibu ( PTPTN) juga akan membuka kaunter perkhidmat­an pada waktu malam bagi mendaftark­an pelajar lepasan sekolah untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Tambah beliau, bagi mereka yang tidak dapat menghadiri program tersebut, Biro Pendidikan Pemuda SUPP akan menganjurk­an kaunseling di Facebook di bawah nama ‘ SUPP Youth Counseling Pendidikan Tinggi.’

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Biro Pendidikan Pemuda SUPP Wilayah Tengah atau Kaunselor Joseph Chieng menerusi talian 019-8867288.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia