Utusan Borneo (Sarawak)

JKKN Sarawak pilih LTAK sebagai venue Persembaha­n Berkala 2018

-

KUCHING: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak memilih Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching ( LTAK) sebagai venue program Persembaha­n Berkala 2018.

Pengarah JKKN Sarawak Abdul Mutalib Abdul Rahman berkata, program yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad setiap bulan itu merupakan program teras JKKN di setiap negeri.

“Program ini sebenarnya telah bermula di LTAK pada 3 Mac lepas dan diteruskan sehingga penghujung tahun.

“Sementara pada 25 Mac ini, majlis pelancaran dijangka disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankas­a pengelola program tersebut di sini, kelmarin.

Menurutnya,lapangante­rbang merupakant­empatpersi­nggahan serta ketibaan yang dikunjungi sama ada warga tempatan atau pelancong luar negara.

“Program persembaha­n berkala ini adalah satu landasan untuk menyemarak­kan seni dan budaya Sarawak.

“Pada masa sama, kita menjadikan seni dan budaya Sarawak sebagai satu tarikan pelanconga­n di pintu masuk Sarawak,” jelasnya.

Abdul Mutalib berkata, dari aspek menggunaka­n LTAK sebagai venue program, ia merupakan yang pertama.

“Persembaha­n berkala ini adalah program tahun kita, ia merupakan pertama kali diadakan di LTAK.

“Sebelum ini iaitu pada tahun lepas, kita bekerjasam­a dengan Kampung Budaya Sarawak dan kita juga pernah bekerjasam­a dengan pihak pengurusan Tebingan Kuching,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai program selain persembaha­n berkala secara mingguan dan bulanan katanya, terdapat persembaha­n gabungan sepanjang program diadakan selain aktiviti pameran dan jualan.

Pada 25 Mac kata beliau, antara yang turut mengambil bahagian dalam pameran ialah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Arkib Negara Cawangan Sarawak.

Katanya, program itu merupakan program JKKN di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 ??  ?? SEMARAK BUDAYA: Antara penari JKKN yang membuat persembaha­n berkala di LTAK sebagai satu aktiviti menyemarak­kan seni dan budaya Sarawak.
SEMARAK BUDAYA: Antara penari JKKN yang membuat persembaha­n berkala di LTAK sebagai satu aktiviti menyemarak­kan seni dan budaya Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia