Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sedia menentang Persebaya FC

-

KUCHING: Sarawak mengadakan perlawanan persahabat­an menentang pasukan dari Indonesia, Persebaya Surabaya FC dijadualka­n berlangsun­g petang esok di Stadium Gelora Bung Tumo, Surabaya, Indonesia.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais Menurut Posa berkata pihaknya bersetuju menerima undangan dari Persebaya Surabaya FC di mana kelab itu menanggung sepenuhnya kos mereka untuk ke sana.

“Bagi FAS, saya ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada Persebaya Surabaya FC kerana sudi menjemput kita mengadakan perlawanan persahabat­an antarabang­sa itu.

“Persebaya Surabaya FC juga bersetuju menanggung sepenuhnya kos penerbanga­n, penginapan dan pengangkut­an semasa pasukan kita berada di sana,” katanya pada sidang media di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini semalam.

Menurut Posa, melalui perlawanan tersebut dapat menjalinka­n silaturahi­m antara Liga Malaysia dan Liga Indonesia.

Katanya, perlawanan itu juga sangat penting sebagai pendedahan kepada pemain- pemain kini bercuti panjang sebelum menghadapi perlawanan liga seterusnya.

“Kita juga boleh menjalinka­n kerjasama rapat dalam pelbagai bidang teknikal bola sepak, komersil dan media melalui perlawanan persahabat­an itu,” jelasnya.

Posa memberitah­u beliau tidak menolak kemungkina­n untuk meneruskan program sama pada tahun sama dengan menjemput Persebaya Surabaya FC datang ke Sarawak.

Katanya, hanya 18 pemain sahaja dibawa ke sana bagi menyertai perlawanan persahabat­an itu.

Sementara itu, Promoter Perlawanan, PT Asikom Indonesia, Radi Rahmadiar memberitah­u aksi persahabat­an antarabang­sa membabitka­n kedua-dua pasukan itu diadakan sempena Majlis Pelancaran Pasukan Persebaya Surabaya FC yang akan bersaing pada Liga Satu Indonesia 2018.

“Perlawanan persahabat­an antara skuad Sarawak dan Persebaya Surabaya FC berlangsun­g Ahad ini bermula jam 3.30 petang waktu Indonesia.

“Kita menjangkak­an sambutan hangat peminat-peminat terutamany­a penyokong setia pasukan Persebaya Surabaya FC,” kata Radi.

Tambahnya, perlawanan antara pasukan Sarawak dan Persebaya Surabaya FC itu disiarkan secara langsung di TV Nasional Indonesia.

“Untuk pengetahua­n, segala kos membabitka­n pasukan Sarawak mencakupi tiket kapal terbang dari Kuching ke Surabaya, pengangkut­an, jamuan, padang latihan dan pegawai perhubunga­n ditanggung sepenuhnya oleh PT Asikom Indonesia,” katanya.

Menurutnya, perlawanan itu juga sebagai persiapan Persebaya Surabaya FC menghadapi kempen Liga Satu Indonesia 2018 yang disingkap tirainya tidak lama lagi.

 ??  ?? SALAM PERSAHABAT­AN: Posa (lima kiri) bersalaman dengan Radi sambil disaksikan Exco FAS, jurulatih, pemain-pemain Sarawak dan tetamu lain pada sidang media di Kuching semalam.
SALAM PERSAHABAT­AN: Posa (lima kiri) bersalaman dengan Radi sambil disaksikan Exco FAS, jurulatih, pemain-pemain Sarawak dan tetamu lain pada sidang media di Kuching semalam.
 ??  ?? KEMAHIRAN: Fredercik (duduk empat kiri) Bulhaji (tiga kiri) Ajis dan jawatankua­sa LFA bersama pegawai, pengurus dan jurulatih pasukan Liga Limbang 2017-2018.
KEMAHIRAN: Fredercik (duduk empat kiri) Bulhaji (tiga kiri) Ajis dan jawatankua­sa LFA bersama pegawai, pengurus dan jurulatih pasukan Liga Limbang 2017-2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia